Tuesday 30 December 2014

Pakcik Ni JUAL AISKRIM Untuk Biaya Pengajian PhD Di Universiti Malaya .. Subhanallah !!!

// // Leave a Comment
Pakcik Ni JUAL AISKRIM Untuk Biaya Pengajian PhD Di Universiti Malaya .. Subhanallah !!! | Jika kita tidak mengetahui cerita sebenar, mungkin pakcik dalam gambar di atas dilihat tidak ada bezanya dengan penjaja aiskrim yang lain. Hakikatnya, dia merupakan seorang lepasan Sarjana Usuluddin dan kini menyambung pengajiannya di Universiti Malaya Kuala Lumpur di peringkat doktor falsafah (Ph.D).


Kisahnya dikongsikan oleh saudara Aris Hazlan Ismail menerusi akaun Facebooknya. Menariknya, jenama aiskrimnya dinamakan OSDA yang mempunyai maksud yang cukup mendalam. 



Jarang sekali kita melihat insan yang sudah tinggi taraf pengajiannya mahu melakukan kerja-kerja menjaja seperti ini. Kebanyakannya mungkin sudah menceburkan diri dalam bidang pekerjaan profesional dan menghadap komputer di pejabat. Selepas ini, jangan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang buat kerja-kerja biasa seperti ini tak belajar tinggi. Silap hari bulan, anda yang termalu sendiri.... 

Peliknya, ada pula segelintir mahasiswa "poyo" yang lupa diri bergaul bebas dan membazir duit apabila berada jauh dari keluarga. Kesian pada ibu bapa di kampung yang bertungkus lumus cari rezeki nak tampung anak belajar di universiti...kan? Tu baru degree...kalau PHD macam mana pulalah perangai mereka...via Mynewshub.




0 comments:

Post a Comment