Sunday 30 November 2014

Wanita Trauma Selepas Kejadian Samun Dan Cubaan R040L Di Rumahnya Di Pasir Putih (6 Gambar)

Wanita Trauma Selepas Kejadian Samun Dan Cubaan R040L Di Pasir Putih (6 Gambar) | Satu kejadian samun dan cubaan rogol berlaku di sebuah rumah di Lorong Sentosa Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Putih. Semasa kejadian terdapat 3 orang di rumah terbabit, mereka di datangi oleh dua penyamun lelaki bermotosikal. WAJAH MANGSA SEBELUM DITOREH MUKA DI SINI --> LINK



Mereka bertindak ganas terus merampas berbagai barangan berharga yang ada pada mangsa serta yang ada di dalam rumah terbabit. Salah seorang mangsa wanita sedang mandi telah di tarik keluar ke ruang tamu, suspek sempat membuka seluar mahu merogol salah seorang mangsa namun hajat nya tidak kesampaian setelah di panggil rakan nya. 


Suspek terus bertindak ganas dengan menumbuk muka mangsa dan menoreh dengan pisau yang mengakibat kan kecederaan. Selepas itu suspek terus lari keluar, mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Tengku Anis mangsa mengalami luka pada bawah mata dan kesan torehan pada pipi. Kes ini telah dirujuk kepada pihak terbabit dan gerakan memburu suspek giat dijalan kan, suspek berbadan kurus dan gambaran wajahnya telah di lakar bagi mengesan suspek. Di bawah merupakan lagi gambar kejadian samun di Pasir Putih. via aans1.





Selanjutnya

Pakcik 41 Tahun Maut Dihimpit Van Ke Tiang Di Melaka

Pakcik 41 Tahun Maut Dihimpit Van Ke Tiang Di Melaka | Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral. 

“Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan. “Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. via Malaysian Post.



Selanjutnya

Saturday 29 November 2014

Kehebatan Kaum Wanita Yang Ramai Lelaki Tak Tahu

Kehebatan Kaum Wanita Yang Ramai Lelaki Tak Tahu | Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya...Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.


Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?

Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…

Wanita dicipta untuk menjadi ibu...
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan....
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia....
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya....
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran....
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa....
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki....
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki....

Hebat kan wanita???
Anda amat bertuah dilahirkan sebagai seorang wanita....
Buat kaum Adam, hargailah hawa yang berada disebelah anda itu.... via viralberita.



Selanjutnya

20 Gambar Pakaian Pengantin Yang Tak Ingin Kita Lihat

20 Gambar Pakaian Pengantin Yang Tak Ingin Kita Lihat | Perkahwinan merupakan hari paling gembira bagi setiap pasangan. Jadi pada hari tersebut kesemua perancangan akan mengikut apa yang pasangan ini inginkan termasuk baju pengantin. Tapi Kadang-kadang pemikiran mereka malangkaui apa yang pernah kita bayangkan. Cuba tengok baju pengantin wanita yang pelik dan unik. Ada lagi beberapa baju pengantin yang agak seksi tetapi kami tidak masukan bimbang kurus puasa anda semua. via Kisahbest.








Selanjutnya

Friday 28 November 2014

Akibat Kongsi Gambar Tak Berbaju Mawar Dan Fizo Omar Teruk Dikecam Di Laman Sosial

Akibat Kongsi Gambar Tak Berbaju Mawar Dan Fizo Omar Teruk Dikecam Di Laman Sosial | Pengacara dan pelakon terkenal, Fizo Omar telah dikritik hebat oleh para pengikutnya apabila berkongsi gambar selfie diri dan isteri menerusi akaun Facebook peribadinya. Gambar itu memaparkan Fizo Omar tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau. via katakcomel.






Selanjutnya

Thursday 27 November 2014

Luluh Hati Seorang Ibu Membaca Status Malam Pertama Anaknya Yang Belum Kahwin Di Laman Sosial

Luluh Hati Seorang Ibu Membaca Status Malam Pertama Anaknya Yang Belum Kahwin Di Laman Sosial | Ibu mana tak kecewa jika baca status lama sosial anak kecil mereka yang baru belasan tahun sudahpun melakukan aksi telarang zina dosa besar yang dilaknat Allah SWT. Lihat di bawah ini.


KELMARIN baru kami ulas kes buang bayi, dan pagi ini ada lagi. Oleh itu, hari ini ingin kami kongsikan beberapa kes yang dirujuk kepada kami dalam ulasan semasa kali ini. Penekanan kali ini ialah jenayah juvana, samada selaku mangsa ataupun pemangsa. Jenayah ini semuanya memberikan kesan fatal samada secara lahiriah maupun dari espek rohani. Sebahagiannya tidak pernah dilapurkan kepada pihak berkuasa. Tujuan kami hanya untuk menampakkan keseriusan situasi semasa sebagai peringatan kepada para ibu bapa...

Siapakah yang patut dipersalahkan ? ibubapa ? guru ? media massa ? Em admin pun tak tahu. Yang paling penting sekali ibu bapa patut jaga dan sentiasa mengawal anak-anak mereka....Jangan bagi alasan ibu bapa sibuk mencari rezeki! via Penghulu Belantara.



Selanjutnya

Inilah Dia Satu-satunya Mekanik Kereta Mewah Wanita Pertama Di Malaysia

Inilah Dia Satu-satunya Mekanik Kereta Mewah Wanita Pertama Di Malaysia (5 Gambar) | Kebiasaannya apabila bila berkunjung ke bengkel-bengkel kereta, keseluruhan atau 100% pekerjanya adalah kaum lelaki. Tetapi tidak bagi sebuah bengkel kereta yang terletak di Bangi ini. German Auto Garage, yang bertapak di Bangi, menggunakan khidmat seorang wanita sebagai pomen di bengkel mereka. "Wanita sebagai pomen? Biar betul bro?"



Jarang-jarang kita nak jumpa wanita yang sanggup bekerja di bengkel, lebih-lebih lagi bermain dengan kotoran 'jentera' kesayangan lelaki ini. Antara gambar² yang pastinya akan membuat ramai lelaki terdiam, terkaget, terkejung seketika melihat pomen wanita yang bertudung ini. Rasanya, kalau kereta tak rosak pun, ramai yang akan datang servis kereta kalau dah begini pomennya oi.Tapi pastikan kereta yang dibawa tu kereta mewah la ye. via aans1.








Selanjutnya

Wednesday 26 November 2014

Inilah 18 Gambar Zoo Manusia Yang Kejam Tahun 1860 Yang Ramai Tak Tahu

Inilah 18 Gambar Zoo Manusia Yang Kejam Tahun 1860 Yang Ramai Tak Tahu | Percayakah anda jika kami katakan zoo juga pernah menempatkan manusia sekitar abad ke-19 dan 20-an? Memang agak aneh bunyinya, namun itulah yang berlaku apabila ia dijadikan pusat untuk mempamerkan manusia ‘pelik’ seperti orang kerdil, golongan albino dan bongkok, khususnya di Eropah. Selain itu, golongan asli kulit hitam juga turut menjadi ‘mangsa’ terutama oleh orang kulit putih yang gemar berbangga dengan perbezaan warna kulit mereka.



Pendek kata, ia simbolik kepada ‘kemuliaan’ yang dimiliki oleh bangsa kulit putih berbanding bangsa lain. Era ‘zoo manusia’ ini sebenarnya sudah bermula sejak Zaman Pembaharuan Eropah atau Renaissance lagi terutama di kalangan golongan atasan sekitar kurun ke-16. Mereka dikatakan gemar mengumpul manusia yang berbeza bangsa termasuklah dari Turki, Afrika, India kerana dianggap unik. Menjelang tahun 1870, pameran ‘zoo manusia’ menjadi popular dan menular ke Paris, Hamburg, Antwerp, Barcelona, London, Milan, New York, dan Warsaw. 

Jumlah pengunjung juga cukup besar iaitu mencecah antara 200,000 hingga 300,000 orang untuk setiap pameran. Namun, Pameran Dunia Parsi pada tahun 1889 yang dipanggil Kampung Negro berjaya menarik sehingga 28 juta pengunjung. Ia mempamerkan kira-kira 400 orang asli Afrika untuk tontonan ramai. Bagaimanapun, kewujudan zoo manusia ini mengundang pelbagai kontroversi dan kritikan kerana ia dianggap merendah-rendahkan martabat manusia itu sendiri. 



Ini kerana, pada masa itu, ramai pengunjung bertindak kasar dengan menjerit, memaki-hamun dan juga mengajuk bunyi binatang yang ditujukan kepada ‘penghuni’ zoo tersebut. Kini, biarpun tiada lagi kewujudan zoo yang mengurung dan mempamerkan manusia ‘pelik’, namun konsepnya masih lagi diguna-pakai. Sebagai contoh, sebuah perkampungan Afrika diwujudkan di Zoo Augsburg, Jerman pada tahun 2005 dan African Safari di Puebla, Mexico. Bezanya, ia berfungsi untuk memberi pengetahuan mengenai budaya sesebuah negara kepada orang ramai berbanding zaman dahulu yang berbentuk penghinaan dan hiburan. Di bawah merupakan lagi gambar penghinaan kepada manusia. =( via Dairishare.


















Selanjutnya

Monday 24 November 2014

6 Gambar Ngeri Tangan Berlubang Spray Rambut Meletup

6 Gambar Ngeri Tangan Berlubang Spray Rambut Meletup | Seorang tukang gunting rambut mengalami pengalaman ngeri apabila spray rambut yang sedang digoncangkannya meletup secara tiba-tiba dan mengakibatkan tangannya berlubang. Kejadian itu berlaku begitu pantas dan dipercayai disebabkan beliau mengoncangkan spray rambut itu berdekatan dengan pemanas teh di rumahnya. Lihat gambar di bawah. Sangat mengerikan. via Dairishare.









Selanjutnya