Wednesday 31 December 2014

AWAS...Inilah Punca Sebenar Kenapa Kucing Harus Dijauhkan Dari IBU Mengandung !!!

AWAS...Inilah Punca Sebenar Kenapa Kucing Harus Dijauhkan Dari IBU Mengandung !!! | Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii...


Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing....

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah...

PARASIT KUCING
Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan...

Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.

Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.

Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.

Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia....
KEADAAN BAYI AKIBAT JANGKITAN VIRUS KUCING
Menjangkiti bayiSeorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta)...

Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'


Jangkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.

Peringatan

Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain...

Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital...
.

jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan...

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan....

Rawatan

Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing...

Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan...!!! via sepiseorangpenulis.




Selanjutnya

Anda Seorang Yang Suka Beli Air Dari Mesin Layan Diri ???? Sila Baca Pendedahan Ini

Anda Seorang Yang Suka Beli Air Dari Mesin Layan Diri ???? Sila Baca Pendedahan Ini | Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan... Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari... Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens - jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat...

 
Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain... The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. 

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur... Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman. Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air.... "Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas," katanya. 

"Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman," kata Pek. ... "Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan." . 

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens. Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej... Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama. .. 

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons. .. Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150....via penjejak awan.




Selanjutnya

Tuesday 30 December 2014

Pakcik Ni JUAL AISKRIM Untuk Biaya Pengajian PhD Di Universiti Malaya .. Subhanallah !!!

Pakcik Ni JUAL AISKRIM Untuk Biaya Pengajian PhD Di Universiti Malaya .. Subhanallah !!! | Jika kita tidak mengetahui cerita sebenar, mungkin pakcik dalam gambar di atas dilihat tidak ada bezanya dengan penjaja aiskrim yang lain. Hakikatnya, dia merupakan seorang lepasan Sarjana Usuluddin dan kini menyambung pengajiannya di Universiti Malaya Kuala Lumpur di peringkat doktor falsafah (Ph.D).


Kisahnya dikongsikan oleh saudara Aris Hazlan Ismail menerusi akaun Facebooknya. Menariknya, jenama aiskrimnya dinamakan OSDA yang mempunyai maksud yang cukup mendalam. 



Jarang sekali kita melihat insan yang sudah tinggi taraf pengajiannya mahu melakukan kerja-kerja menjaja seperti ini. Kebanyakannya mungkin sudah menceburkan diri dalam bidang pekerjaan profesional dan menghadap komputer di pejabat. Selepas ini, jangan mudah membuat kesimpulan bahawa mereka yang buat kerja-kerja biasa seperti ini tak belajar tinggi. Silap hari bulan, anda yang termalu sendiri.... 

Peliknya, ada pula segelintir mahasiswa "poyo" yang lupa diri bergaul bebas dan membazir duit apabila berada jauh dari keluarga. Kesian pada ibu bapa di kampung yang bertungkus lumus cari rezeki nak tampung anak belajar di universiti...kan? Tu baru degree...kalau PHD macam mana pulalah perangai mereka...via Mynewshub.




Selanjutnya

Monday 29 December 2014

13 GAMBAR : 10 Tahun Tinggal Di Dalam GUA , Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat MENAKJUBKAN !!!

13 GAMBAR : 10 Tahun Tinggal Di Dalam GUA , Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Sangat MENAKJUBKAN !!!   | Sejak 10 tahun yang lalu, seorang artis seni dari Amerika, Ra Paulette telah berkelana seorang diri ke padang pasir New Mexico untuk berkarya. Beliau menghabiskan masa beliau mengukir sebuah gua batu pasir yang ia temui, membentuknya ke dalam ruang bawah tanah yang indah penuh dengan cahaya.... Dengan di temani anjingnya, Paulette mencipta reka bentuk dan gaya yang berbeza untuk setiap gua, memberikan setiap satu kualiti dan tekstur yang sangat indah.... Beliau berharap dapat mewujudkan persekitaran yang akan memberi inspirasi "pembaharuan rohani dan juga peribadi." Ia juga akan berfungsi sebagai tempat untuk acara-acara seni setelah ianya selesai.... via Dairishare.
















Selanjutnya

Saturday 27 December 2014

Pesawat QZ8501 AirAsia Dipercayai TERHEMPAS Di Perairan Belitung Timur

Pesawat QZ8501 AirAsia Dipercayai TERHEMPAS Di Perairan Belitung Timur | Seperti yang dipetik oleh media dari Indonesia. Pesawat Airbus dikabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur, Bangka Beltung, Minggu (28/12). Namun belum dipastikan titik lokasi jatuhnya pesawat tersebut.

SEKADAR GAMBAR HIASAN
"Tadi Pak Danlanud telepon Bapak (Basuri), ngasi informasi ada pesawat air bus jatuh di sekitar perairan Beltim," ungkap Yuhinu, ajudan Bupati Beltim Basuri T Purnama, saat menghubungi bangkapos.com, Minggu (28/12). Terpisah Kasat Polair Beltim AKP Yanto mengatakan, informasi yang diperoleh dari direktorat polair Babel, perkiraan lokasi perairan Babel. 

Namun masih dipastikan lokasi pesawat jatuh. "Kita masih koordinasi dengan direktorat dan mengumpulkan informasi dari nelayan maupun kapal yang melintas perairan Beltim," ungkap AKP Yanto saat dihubungi bangkapos.com. via bangkapos.




Selanjutnya

TERKINI !!! Punca Utama Pesawat AirAsia Dari Surabaya ke Singapura Hilang !!!

TERKINI !!! Punca Utama Pesawat AirAsia Dari Surabaya ke Singapura Hilang !!! | Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura dilaporkan telah hilang komunikasi dengan menara kawalan pada hari ini (Ahad). Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 6.17pagi waktu tempatan memetik pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia. 


Menurut apa yang dilaporkan pesawat itu mengandungi 149 penumpang Indonesia iaitu 3 penumpang Korea, seorang penumpang Malaysia, seorang penumpang British dan seorang penumpang Singapura. Terbaru kerajaan Indonesia mengesahkan CUACA BURUK berkemungkinan besar menjadi punca utama kehilangan pesawat AirAsia ini....

TERKINI DARI MEDIA INDONESIA... PESAWAT QZ8501 AIRASIA DIPERCAYAI TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG TIMUR !!! - LINK




Selanjutnya

Friday 26 December 2014

TERKINI ! 3 GAMBAR LANGIT DI KELANTAN YANG SANGAT MENGERIKAN !!!

TERKINI ! 3 GAMBAR LANGIT DI KELANTAN YANG SANGAT MENGERIKAN !!! | Beginilah keadaan langit di Kelantan yang sungguh mengerikan. Foto yang ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial kini viral di facebook...Apa pendapat anda? Yang penting, sama-sama kita doakan mereka dipermudahkan urusan dan dilindungi oleh Allah SWT.. Amin. via segenapdimensi.






Selanjutnya

Wednesday 24 December 2014

5 PERKARA YANG BAWA WANITA KE SYURGA

5 PERKARA YANG BAWA WANITA KE SYURGA | Semua manusia ingin masuk ke syurga. Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.


Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah, wallahualam. Sumber: Islamituindah.



Selanjutnya

Anda Pasti TERKEJUT Bila Lihat 9 GAMBAR Pemuda Paling Terkenal Di Afghanistan Ini !!!

Anda Pasti TERKEJUT Bila Lihat 9 GAMBAR Pemuda Paling Terkenal Di Afghanistan Ini !!! | Siapa sangka, anak muda terkenal di Afghanistan ini mempunyai perwatakan seperti Bruce Lee. Bila lihat banyak kali barulah tampak ada bezanya dengan Bruce Lee yang berketurunan China berbanding pemuda kungfu yang bernama Abbas Azizada ini. Jom kita tengok aksi Abbas Azizada ni.. Memang saling tak tumpah macam Bruce Lee kan. via ohsenyum.












Selanjutnya

Tuesday 23 December 2014

TERKINI... Budak 10 Tahun Meninggal Selepas Makan Nasi Goreng Cina !!!

TERKINI... Budak 10 Tahun Meninggal Selepas Makan Nasi Goreng Cina !!! | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini. Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan kentang goreng.


Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah. “Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus bermain permainan video, tiba-tiba arwah berlari ke bilik air dan muntah-muntah. 

"Kami tak syak apa-apa pada mulanya namun sebaik keluar bilik air arwah terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, kelmarin. 

Hamzah berkata, selepas melihat anaknya pengsan, dia segera menghubungi ambulan untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. via Sinar Harian.



Selanjutnya

Lelaki Ini Sedang Mengemas Biliknya .. Dan Apa Yang Terjadi Sangat Mengejutkan Anda !!!

Lelaki Ini Sedang Mengemas Biliknya .. Dan Apa Yang Terjadi Sangat Mengejutkan Anda !!! | Seorang lelaki sedang mengemas biliknya dan tidak sangka tindakannya itu mengundang kecelakaan kepadanya apabila sebatang pensel telah tercucuk menembusi sebelah tapak kakinya. Bagaimana ianya berlaku tidak dapat dipastikan.. Apa pendapat anda.. Jangan lupa tengok gambar lelaki itu.... via ohsenyum.





Selanjutnya

Monday 22 December 2014

AWAS !!! 4 Jenis Makanan ini Perlu Anda Jauhi Sekerap Mungkin !!!

AWAS !!! 4 Jenis Makanan ini Perlu Anda Jauhi Sekerap Mungkin !!! | Makanan dan ubat adalah satu keperluan dalam kehiduan kita seharian, kalau lapar kita akan makan kalau sakit kita akan makan ubat. Tapi tahukan anda ada yang anda tidak ketahui sesetengah apa yang kita makan adalah bahaya. Apa yang di tulis ini tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa cuma perkongsian untuk kebaikan semua. Makanan yang anda perlu jauhi.


Mee Segera 

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut. 

Sardin 

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis ketumbuhan dari otot rahim yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser yang bahaya. 

Minuman 3 in 1 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer. 

Panadol atau Paracetamol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Contoh paling senang ialah wanita bersalin, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. sama seperti terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. 

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti (terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, mencegah sebelum sakit bukan berubat selepas sakit. via apahell.



Selanjutnya

WAJIB BACA !!! 13 Adab Isteri Terhadap Suami Yang Wajib Kita Tahu Dan Amalkan !!!

WAJIB BACA !!! 13 Adab Isteri Terhadap Suami Yang Wajib Kita Tahu Dan Amalkan !!! | Antara asbab untuk seorang wanita mudah masuk ke syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah ialah hendaklah ia taat kepada suaminya. Tampak sangat mudah, tapi kalau ditanya mana-mana wanita, panjat Gunung Everest lagi mudah dari taat kepada seorang suami (at least kepada wanita masa kini, yang dulu-dulu mungkin baik-baik kot huhu). Di bawah merupakan amalan adab isteri kepada suami. Semoga bermanfaat insyaAllah.

Sekadar Gambar Hiasan
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya....

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.... Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam)....

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.... Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng... Suami akan gembira bila seleranya ditepati.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik.... Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.... Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah.... Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.... Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.... Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.... Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Kalau boleh sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

13. Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.... Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai....!!! via ladajarumpedas.



Selanjutnya

KISAH BENAR !!! Lelaki Gagal Memasuki Masjidil Haram Akibat Gemar Menonton Video Tutttttt !!!

KISAH BENAR !!! Lelaki Gagal Memasuki Masjidil Haram Akibat Gemar Menonton Video Tutttttt !!! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang boleh dijadikan renungan dan pengajaran kepada kita semua. Kisah di mana seorang lelaki gagal untuk masuk ke Masjidil Haram.... Beberapa kali mencuba untuk memasuki Masjidil Haram tapi tetap sahaja tidak boleh. Kisah ini diceritakan oleh Dato Dr Harun Din...

Sekadar Gambar Hiasan
Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya, jadi saya tidak mengenali beliau. Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba menjadi panik seperti orang ketakutan.... Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah ke luar semula daripada masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya.... 

Selepas kali pertama gagal, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya.... Kejadian aneh itu berulang kali berlaku selama seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang dalam Masjidil Haram.... Melihat keadaan yang sungguh aneh ini, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus mengubati lelaki itu. Sebaliknya,saya cuba mendapat maklumat mengenainya terlebih dahulu.... Saya sengaja berbuat demikian kerana saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia jadi sedemikian rupa. 

Jadi saya suruhlah kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu.... Kawan saya itu pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan meminta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu hendak bercerita apakah sebenarnya yang telah berlaku tetapi selepas dipujuk akhirnya lelaki itu bersetuju.... Ceritanya agak memalukan tapi memberi banyak pengajaran. Sebenarnya, dia punyai hobi yang sangat memalukan.... Filem lu-cah sudah menjadi makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lu-cah.... 

Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali dia hendak masuk ke masjidil haram, dia tiba-tiba nampak seorang perempuan yang dalam keadaan bo-gel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya.... Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan lari. Selepas mengetahui kedudukan sebenar, barulah saya mengubati lelaki tadi. Saya diberitakan, selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid, itupun cuma sampai ke pintu.... 

## Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua.... Pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa masih lagi di badan.. Jangan lah kita segan silu memohon ampun dari Allah SWT... Manusia ni kan lemah selalu melakukan kesalahan.. via lajujarumpedas.




Selanjutnya

Saturday 20 December 2014

6 GAMBAR : Korang Semua Pasti Tidak Akan Percaya Apa Sebenarnya Yang Tersembunyi Dalam Karpet Ini !!!

6 GAMBAR : Korang Semua Pasti Tidak Akan Percaya Apa Sebenarnya Yang Tersembunyi Dalam Karpet Ini !!! | Karpet ini mungkin kelihatan biasa-biasa saja, tapi sebenarnya …ia bernilai berjuta-juta ringgit Malaysia. Kenapa ? Sebabnya ialah .... Polis German telah menemui heroin seberat 43 kilogram di dalam karpet ini !!!

   
 



Selanjutnya