Perjalanan Turun Dari Gunung Kinabalu.. 9 GAMBAR Ngeri Mayat BERGELIMPANGAN Kiri dan Kanan Jalan !!! | Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di Gunung Kinabalu
menjadikan angka kematian terkini akibat gempa bumi yang melanda Sabah
pada Jumaat kepada 11 orang.
Picture has been removed
Picture has been removed
Picture has been removed
Picture has been removed
Picture has been removed
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Gunung Kinabalu akan ditutup sekurang-kurangnya selama tiga minggu bagi membolehkan operasi pembersihan berikutan kerosakan teruk di laluan pendaki, tempat penginapan dan kemudahan lain.
Beliau yang bercakap pada sidang media bersama dengan Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, polis mempunyai
pasukan forensik yang bersedia untuk mengenal pasti mayat-mayat yang
dibawa keluar dari kawasan pergunungan.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee
Abdullah yang turut sama dalam sidang media berkata, mereka sedang
menunggu keadaan cuaca yang baik di kawasan pergunungan bagi membolehkan
helikopter mengangkut kesemua mayat.
Mengenai
penutupan Gunung Kinabalu, Masidi berkata, ia bagi membolehkan pihak
Taman-Taman Sabah meneliti kerosakan dan menentukan pembaikan yang perlu
dilakukan. KREDIT BORNEO NEWS.