Sunday, 2 November 2014

Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan

// // Leave a Comment
Siti Saerah Diceraikan Talak Tiga Pada Ulangtahun Perkahwinan | Adik kepada Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saerah telah pun diceraikan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober baru-baru ini. Agak menyedihkan kerana penceraian ini berlaku pada ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat. Hasil perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan 3 cahaya mata. Siti Saerah diceraikan talak tiga di Mahakamah Rendah Syariah Kuantan. Menerusi Harian Metro semalam, Saerah telah mengesahkan berita penceraian ini namun enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Kata Siti Saerah:- Saya minta maaf bukan saya tidak mahu (komen) tapi saya perlu menjaga hati banyak pihak. Saya minta maaf sangat-sangat 

Datuk Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada adiknya itu dengan menulis:- Bismillah..Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana..apa yg telah di aturkan pasti terbaik buat HambaNYA..jika tidak elok pasti mengikut kemampuan HambaNYA dan pasti ada peringatan buat yg melaluinya..semoga Kita semua saling memperbaiki setiap kekurangan dan amalan ..buat @sairahtarudin adikku..bertabahlah& terusla berjalan..berpandu pada Allah ,inshaAllah semuanya Tenang. 


Takziah diucapkan kepada Siti Saerah atas berita ini. Semoga tabah menghadapi dugaan. Kesian sangat-sangat diceraikan dengan 3 orang anak yang masih kecil. Semoga nasib Saerah dan anak-anak terbela. Sama-samalah kita doakan. via Beautifulnara.com.

0 comments:

Post a Comment