Luahan Hati Komando ATM - Apa Hak Kamu Untuk Pakai Fesyen Celoreng? | Tiba-tiba telah menjadi viral di laman sosial apabila seorang warga tentera yang dipercayai komando ATM telah meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada orang awam terutama golongan artis yang suka-suka je meragakan fesyen celoreng. Salah ke? Apa pendapat korang? Baca dulu luahan abang komando tu yang dipetik dari fanpage The Real Black Daggers tu di sini.
Pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun.kalau orang..dah nampak kedut dan bongkoknya..naumn kaya dengan pengalamannya. namun sebagai satu pasukan..usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yg mengalami evolusi penuh wibawa. dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yg hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 org dgn 18 kor dan pelbagai aset strategik.kehebatannya..meski ditidakkan oleh warga sendiri..teraku oleh pasukan2 asing yg jauh dilabel lebih hebat..nak pula pasukan gerakhas yg menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yg mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia.namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yg murah.utk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yg mudah.uniform yg hanya dibuat dr kain berharga sekitar RM20 semeter..namun nilainya tak tergambar dengan kata2. tanyalah mana2 anggota sekalipun..walau sekadar di mulut mereka mengutuk..dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut..terutamanya uniform loreng. rasa bangga..rasa meremang bulu roma..semuanya termaktub dek kehormatan yg datang bersama2 uniform tersebut.kenapa?kerana di uniform itu tersimpan kpd rahsia yg takkan difahami oleh orang awam. kod disiplin yg membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar..kod persaudaraan yg tidak terbentuk dari hubungan darah..sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan..takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yg tiada pendedahan.
Sayangnya.dalam
kita menyambut ulangtahun yg menyaksikan kemantapan pasukan ini
menginjak ke dimensi baru..ada makhluk2 tidak bertanggungjawab dengan
sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan.antaranya adalah
fesyen. pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna
kebanggan kita ini..menjadi pakaiaan2 yg langsung tidak mencerminkan
semangat jati diri yg terkandung dalam warna tersebut. kita diajar
memakai pakaian ini dengan cara yg sangat tertib..dan ketertiban itu
membentuk disiplin diri kita.nak pakai uniform..mata MP dan RSM tajam
memerhatikan setiap inci..samada ianya dipakai betul atau tak..dan yg
pakai..adalah mereka yg telahpun sain mati atau dlm erti kata lain..sain
demi perkhidmatan kpd negara.uniform itu dipakai bukan utk suka2..ia
membawa bersamanya tanggungjawab yg amat besar. klu ikut konvensyen
geneva..yg pakai loreng ni..dalam perang..ada hak utk ditembak tanpa
soal atas andaian dia adalah anggota tentera.itu belum kira keperitan yg
kita lalui demi pakaian itu..segala latihan..operasi..semuanya diikat pd warna loreng tersebut.
Tapi..dapat kpd makhluk2 ni?warna
kebanggan itu kini dah jadi legging ketat yg menampakkan lurah
punggung..atau baju ketat yg menampakkan lurah dada..atau segala macam
fesyen yg kadangkala tak masuk dek akal.kalau diperhatikan..macam nak
tercabut jantung membayangkan..warna itu digunakan sbg sebahagian drpd
uniform ciptaan baru.anggota kita pakai legging masuk operasi?atau pakai
skirt dugong masuk pejabat?aduhh..
Ianya satu trend yg dimulakan oleh
golongan berpengaruh besar..terutamanya artis.tanpa pemahaman..mereka
menggunakan uniform tersebut dengan cara yg cukup janggal..loreng
dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya.semuanya dihalalkan atas
alasan mereka adalah artis yg berpengaruh besar.ia kemudian dikembangkan
pula dengan pak2 pondan yg menggunakan uniform tentera dan pasukan
keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yg semakin lama
semakin hilang akal bentuknya…dan digayakan dengan galaknya pula oleh
makin ramai artis.ia berkembang dan sekarang..tanpa soal..ramai yg
mengikut.mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama..tetapi
kenapa dalam nak mencipta fesyen2 tak tentu arah sebegini..warna pasukan
negara yg dipilih? terbaru..warna loreng tiger woodlands camo 2000 dan
digital loreng baru.anggota sendiri belum dapat edaran pakaian..uniform
digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di
pasaran terbuka.yang menjual..jual tanpa 2 3 kali kira..yg design..suka2
hati taruk rekabentuk ikut suka.apakah begitu murahnya harga uniform
kita?
Dimana ketirisannya?apa yg sedang
berlaku sebenarnya?salah seorg rakan admin memberitahu..dia telah
terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai..semua warna ada.dari
pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain..malah yg belum dipublish
pun sudah ada stoknya?amboi..mudahnya?da n ia boleh dibeli dengan
senang..dan bawalah pergi ke designer2 pondan yg tak tau
tanggungjawab..nak fesyen apa cakap saja.perbuatan ini sudah semakin
berleluasa.bila tidak dibendung..natijahnya mungkin kita tak terfikir.
ada di kalangan yg membuat rekaan sebegini..tidak langsung rasa
bersalah.malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan
mereka yg terang2 menghina pasukan keselamatan negara.alasan
utama?mereka golongan berpengauh..banyak duit..ada kedudukan.maka mereka
bebas melakukan apa saja..walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan
di bawah tapak kaki mereka.sedihnya..tindakan sebegini disokong pula
oleh sesetengah golongan.
Adakah mereka ini merasa perit berjemur
di tengah panas?atau meninggalkan keluarga brbulan2 demi betugas?atau
merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala?aci lawan potong kepala
ayam..taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yg terjerit2 kata ianya
adalah tindakan yg melanggar hak asasi.
Kepada yg tak reti bahasa..admin nk share sikit supaya bukak mata..psl undang2..sila baca :
1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)
Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar,
Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar,
kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara
Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa
tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh
seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh
dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu,
hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga
bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan
kedua-duanya.
2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)
Seksyen 16. Memiliki Secara Haram
Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis.
Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau
menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera
Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat
atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura
sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar,
tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda
kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau
sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk
perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan
sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan
atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti di atas dan tidak dapat memberikan
penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan
denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak
melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam
Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang
sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana
angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan
atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura
atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa
pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau
lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan
warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi
lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau
tanda tersebut boleh dilucut hak.
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua
dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut
bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.
3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)
Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform
Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain
supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain
daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk,
atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat
larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan
atau kepentingan Malaysia:
(a) Menggunakan atau memakai, tanpa
kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera
udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform
yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau
dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah
berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu; maka dia adalah melakukan suatu
kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau
kedua-duanya.
Adakah mereka akan baca?nope..mereka peduli apa?kita ni yg dibayar tak berapa sen yg kena jaga keselamatan mereka.mereka?tak perlu ada rasa hormat akan perjuangan kita.sebab itu merasakan mereka bebas bertindak ikut suka.
Gambar di bawah adalah contoh ketara.
di sebelah kiri adalah pasangan baru kawin yg sweet kononnya mcm
taik.buat potongan entah apa benda..bergambar kononnya lepas naik jet
peribadi demi menyambut perkahwinan mereka. (jet dgn pc7 pn x kenal).
bla ditegur bab mereka berpakaian..tengoklah jawapannya.kemain bongkak
bunyinya.maklumlah..orag berada.yg disebelah kanan pula.. tuan punya
Butik The Garment. Pencipta pakaian ala tentera, menggunkan celoreng
tentera dan digunakan retis retis dan di ikut oleh mereka yang lain yang
tak nak belajar tentang Akta Kerahsiaan pakaian berkanun negara,
kemudian berlagak macam dah angkat sumpah dan cap 10 jari sebagai
anggota pasukan keselamatan atau agensi agensi berkaitan keselamatan,
terang atau tersorok.
Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau. Muhammad Azwan Mohd Nor. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tetapi mengaku seorang kerabat dengan menggunakan nama -
Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau. Muhammad Azwan Mohd Nor. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tetapi mengaku seorang kerabat dengan menggunakan nama -
Tengku Muhamad Azwan Shah, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari salah satu universiti di Jerman. tengok asajalah cara gayanya..cuba kalau kita yg pakai gitu..mau kena sumpah dgn RSM. tapi mereka bebas..kenapa?tidak adakah tindakan yg patut diambil kpd mereka?
Warna loreng kita adalah warna keramat
yg telah menyaksikan tumpahnya darah anggota kita demi membina keamanan
yg kita kecapi sekarang. lihat warna itu dan hayati sejarahnya.jangan
samakan dgn pakcik pegi bendang yg pakai oreng tu.sekurangnya ia
digunakan demi berbakti walau di ladang.manakan sama dgn memakainya
dalam keadaan yg ditukar rupa dan sifat.
Apakah tidak ada penghormatan pd warna
ini sehingga ia dilacur demikian rupa?kalau nak berpesen pun..adakah
tidak ada warna lain yg boleh dipilih? atau ini satu lagi usaha
meretakkan imej dan maruah kita sbg anggota tentera?..=WRA=
Ada jgk fikir boleh ke pakai fesyen uniform tntera ni ? Emmm...
ReplyDeleteKalaulah dibendung dari awal dgn akta @ undang2 lbh tegas mengenai peniruan fabrik tentera, pasti fesyen ni x brleluasa
inilah xde jatidiri...ingt ensem sgt.....xtau peraturan...
ReplyDeletewalau sy bkn tentera,sy tetap pndi hormat mereka...sebab mereka sanggup berkorban dan mengadai nyawa untk keselamatan negara...
Memang ada kewajaran apa yng anda luahkn wahai komando ATM..tengoklah d pasaran sekarang...loreng utk orng awam..sbb ada segelintir beranggapan loreng jd fesyen..BENTERAS pengunaan pakaian seragam di kalangan orang yang tidak layak memakainya...
ReplyDeletewak doyok mcm bangla da...
ReplyDeletesaya masa muda2 dulu pun takut nak pkai seluar celoreng...harap kerajaan ambil tindakan yg sewajar nya....
ReplyDeleteSebenarnya, undang-undang mengenainya telah lama dikeluarkan @ diaktakan. Yang salahnya pihak yang berwajib itu sendiri seolah-olah tidak ambil peduli. Tujuan saya bukan nak salahkan sesiapa tapi cuba kita praktikan dan ambil tindakan mengikut undang-undang, nescaya ada yang tak berani mencubanya lagi. Kuatkuasakan lagi.
ReplyDeleteIn syaa ALLAH.
K.
ReplyDeletekalu dah spesis bangang, tak reti basa, nak wat camna, anggap je dorang tu sepsis yang terbangang dah le...
ReplyDeletetak layak? askar pakai celoreng bersebab untuk disguise or camouflage..semua akta yg kau tunjuk tu tak membuatkan rakyat bersalah pakai celoreng..."memakai pakaian menyerupai askar, polis, bomba yg menyerupai satu organisasi" askar pakai blouse celoreng ke? menyerupai askar? apa yg dimaksudkan bersalah actually whole uniform hingga menyerupai sesuatu organisasi..mcm kes dulu org disguise jadi polis saman2 org..itu yg salah...ape sentap sgt takat celoreng? bongok jugak bolgger ni
ReplyDeletediamlah bapok.
DeleteMmg bangang jgak dia ni...org ckap pasal celoreng tu bkn psal blouse tu bodoh...mmg ko ni pak pondan dlm tu kan hahahahahahahahaha
DeleteEh ko xpyh byk bunyik la. Blouse la ape la...sensitif la skit.
DeleteWoiiii babi...
DeleteKo ingat kami nie nak dpt warna celoreng tu blh beli di kedai mcm tu je ke..? 6 bulan trainning bagai nak gila baru dpt merasa dan kenal ape itu celoreng... ko senang2 je buat cam tu...simpan sikit bodoh dan bangang ko tuk cucu cicit ko nnti...
Woi babi...hang jadi askar lah bodoh..setakat srp boleh jadi askar...pasal celoreng pun nak babi kan...perangai supa babi ko ni
DeleteDik... Lepas ni pakai baju nurse ngan kain batik ye... Eh tak salah... Fesyen kan??? Org training bertahun2 nak pakai uniform.... Kau pakai semata2 fesyen? Bodoh ka? Bodoh?
DeleteYang komen no 9 ni sama ada wak doyok sendiri ataupun golongan bapok yang dikatakan.
ReplyDeleteSuarakan pendapat tapi dalam masa yang sama x berfikiran lojik..
ReplyDeletePakaian/uniform yg di khas kan kepada tentera biar lah mereka yang pakai bukan org awam Bila org awam pakai dah mcm takde nilai pulak pakaian tersebut, Kalau mcm tu kenapa org awam tak pakai je pakaian sekolah ke atau pakaian seragam restauran mamak mcm restauran pelita ke atau pakaian nyonya jual klorok satu ketika dulu, zaman mak ayah kita masih remaja. takde pulak org awam nak pakai. Benda mcm ni kena ada tindakan tegas sbb takut disalahgunakan, takut gi merompak gunakan pakain tentera, satu hal pulak tentera yang kena jawab.
ReplyDeleteKena faham celoreng yang mana ditegah pemakaiannya oleh orang awam.Celoreng yang banyak melambak dipasaran tu boleh sahaja pakai tapi yang tidak boleh dipakai oleh orang awam adalah celoreng atau uniform yg dipakai oleh pihak keselamatan separti celoreng tentera dan celoreng polis.Sedangkan tentera sendiri yang nak pakai celoreng kena ikut etika tertentu..bukan boleh sebarang pakai tanpa arahan.Nak ingatkan CELORENG adalah satu lesen untuk pihak tentera menggunakan senjata (Menembak....) x caya tanya tentera..So kita orang awam ne jangan sesuka hati memakai celoreng tanpa tahu etika cara pemakaiannya....kalau nak pakai gak..carilah celoreng yg lain warnanya dan corak dari apa yang pihak tentera kita pakai.
ReplyDeleteINI bkn Salah rakyat...INI disebabkan undang2 tidak ditegaskan..Nak cakap APA pun takde guna...selagi kerajaan Tak buat APA2 kite rakyat Nak pakai APA pun bukannya DRG tidak kisah..adoii
ReplyDelete"warna kebanggan itu kini dah jadi legging ketat yg menampakkan lurah punggung..atau baju ketat yg menampakkan lurah dada..atau segala macam fesyen yg kadangkala tak masuk dek akal.."
ReplyDeleteKomen no 9 adalah dari keturunan paling bangang seluruh abad, masih tidak faham hormat kepada ATM. Di manakah undang 2, suara dan mandat kuasa panglima? Adakah hanya berdiam diri sahaja??? Jangan harapkan menteri pertahanan yg lemah lembut gemalai itu bersuara tegas dan lantang, biarkanlah sang politikus itu menikus dan hanya makan gaji buta hasil cukai duit rakyat.
ReplyDeletetak setuju sama sekali sebab atm tahu betapa susahnya nak dapatkan loreng ni. kita taktahu cmne diorg bertungkus lumus siang malam semata2 nak dapatkan baju tu. and now, org2 senang2 buat design mcm tu je utk fesyen. hmm dah tak rasa perit nak jaga negara cmne. then senang2 je tayang cmtu. hmm kalau cmni gayanya, jual merata, baik takyah ade atm.
ReplyDeleteape kena mengena fesyen dgn bertungkus lumus nk selamatkan negara tu.....alamak please la belajar kat sekolah pandai-pndai masuk universiti biar akal celik sikit....
DeleteNak gaduh jugak? Melayu melayu
ReplyDeleteKecoh ar, aku pakai celoreng sejak kecik lagi sebab aku bangga bapak aku askar..tapi x pernah lah full suit..
ReplyDeleteOrang awam cuba menghayati dan menghargai pasukan uniform, jika tak suka takpa, orang awam nanti dah tak sanjung tak pedulikan tentera nanti jangan menyalak pulak
ReplyDeleteSemua benda nk kecam. Knp? Sbb semua benda di pk negative.
ReplyDeleteBaik yg dikecam ataupun mengecam.
Org bangsa lain pki baju melayu blh.
Tp bila melayu pki baju bangsa lain x blh. Sama la mcm kes celoreng ni. Mentaliti melayu camni lah. Asyik nak salahkan org.
Bagi saya jika orang awam memakai celoreng tentera, tidak menjadi isu......malahan sepatutnya anggota keselamatan rasa bangga kerana orang awam mengambil celoreng sebagai salah satu fesyen harian.....negara2 kuasa besar dunia relax je bagi celebrity pakai celoreng.....kita yang kerdil ni pulak nak strict tak tentu hala kenapa......sibuk sembang pasal Akta, menteri semua ikut Akta sangat ke?......berlambak lagi isu lain si mat komando patut ungkitkan, contohnya isu PATI yang bersepah sana sini......
ReplyDelete22 ,sekarang tengah isu bab pakaian celoreng kalau isu pati tu lain entri..
ReplyDeleteBagus admin ketengahkan isu ini dapat di jadikan pengetahuan ramai juga yang tak tahu tentang undang-undang pemakaiaan ini..
Bagi yang tahu tu buat-buat tak tahu tu sekadar mencabar pihak yang berkuasa al maklum la tiada penguatkuasaan..selain kepada anggota sendiri..penguatkuasaan pun tak boleh dibuat sebab tiada laporan yang di buat sekadar cakap-cakap je..
Sekurang-kurangnya admin sudah menjalankan tanggungjawab..yang lain pakat tengok,komen dan gelak je la...
Sepatut nya angota komando buat laporan polis sebab orang awam menyalah gunakan pakaian rasmi tentera..
ReplyDeletekuat sentap plak mat komando nie, pakcik aku komando lahad datu kot, x kecoh pon , nampak sgt komando budak lagi nie, x pon komando pondan..wakakak
ReplyDeletekalau tak d bendung lagi.. lepas ni sape2 boleh pakai fesyen budak sekolah.. abg bomba.. abg polis dll..😳😳😯😯..dah mcm trend.. ni bukan sbb kuat sentap or ape.. hormat org lain dik..
ReplyDeleteWahai 22.nk ikut menteri tu pasai apa.dia kan tau apa keja senang bercakap aja suh org buat tu buat ni gaji besar x pernah rasa susah macam askar, comform lah dia dia x beritika dan x ikut akta...
ReplyDeleteWahai 22.nk ikut menteri tu pasai apa.dia kan tau apa keja senang bercakap aja suh org buat tu buat ni gaji besar x pernah rasa susah macam askar, comform lah dia dia x beritika dan x ikut akta...
ReplyDeletealamak kecoh la..pasal baju je pon..nak luah perasaan kena seksa bagai sebab nak dapat pakai baju tu...tak payah la masuk askar kalau nak pakai baju tu...pergi je psar malam ade jual..haha benda mudah bikin susah buat ape?
ReplyDelete