Sunday, 2 November 2014

Fakta Tentang Pramugari Yang Ramai Tak Tahu

// // 17 comments
Fakta Tentang Pramugari Yang Ramai Tak Tahu | Ikuti luahan daripada mereka yang bekerja sebagai pramugari mahupun pramugara di awan biru. Luahan tentang apa yang mereka harapkan daripada penumpang/pelanggan, yang sememangnya kita tak pernah tahu tentang mereka:


Anda tidak pernah tahu:
# Mereka dilatih masuk hutan & berenang di laut semata-mata untuk membantu anda jika berlaku keadaan terburuk.

Anda tidak pernah tahu:
# Mereka membahagikan makanan untuk anda, setelah itu barulah makanan untuk diri mereka.

Anda tidak pernah tahu:
# Ketika pesawat panas kerana sistem penghawa dingin akibat tidak berfungsi, mereka juga turut kepanasan termasuk juruterbang juga turut kepanasan. Jadi berhentilah merungut pada mereka yang sentiasa tersenyum itu.

Anda tidak pernah tahu:
# Mereka sekurang-kurangnya telah mengalami 6 kali penerbangan yang tertunda dengan penumpang yang sentiasa merungut dan mereka tetap tersenyum. Senyuman yang manis adalah senjata mereka.

Anda tidak pernah tahu:
# Pelbagai jenis penumpang yang menaiki pesawat, dari ahli politik sehingglah tukang sapu, dari yang pendiam, bengis, dan garang malah yang banyak cakap atau banyak kerenah, mereka wajib menegur anda dengan penuh senyuman dan sopan-santun.

Anda tidak pernah tahu:
# Beberapa kali mereka digoda penumpang setiap hari, dari yang muda hinggalah penumpang yang berumur, dan yang pasti mereka tetap ramah, menolak dengan nada yang mesra walaupun di dalam hati, mahu sahaja di tempeleng dengan kasut tumit tinggi mereka.

Anda tidak pernah tahu:
# Setiap kali penerbangan, mereka juga turut berdoa supaya penerbangan tersebut lancar dan mereka juga dapat pulang dengan selamat sama seperti anda.

Anda tidak pernah tahu:
# Mereka dilatih mengubati dan mengatasi penaykit jantung, asma dan lain-lain, turut membantu ibu mangandung, mereka diajar menggunakan peralatan kecemasan, dilatih bagaimana mengatasi atau berhadapan dengan pengganas, dilatih serba-sedikit untuk mematikan fius jika terdapat bom di dalam pesawat oleh kerana di dalam pesawat hanya mereka yang dapat anda harapkan.
Kadang-kadang anda melihat mereka asyik tersenyum sejak dari ‘take-off’ sampailah ‘landing’
# Dan anda tidak tahu, jauh di sudut hati mereka, mereka menangis merindukan keluarga.
Kadang-kadang anda melihat mereka dengan barang berjenama.
# Padahal mereka berbelanja kerana berusaha melupakan rasa rindu untuk pulang ke rumah kerana terhalang dengan tugas di awan biru.
Kadang-kadang anda melihat mereka duduk di ‘jump seat’ ketika selesai servis penumpang, tetapi mereka tidak pernah memejamkan mata.
# Anda tidak tahu, mereka sebenarnya sangat mengantuk, sehinggakan mereka boleh tertidur tanpa perlu memejamkan mata. haha!
Kadang-kadang anda memprotes kerana menu tidak sedap.
# Anda tidak pernah tahu sebenarnya mereka pun berharap dapat memenuhi keingingan anda, tapi apakan daya mereka juga tidak mampu berbuat apa-apa. Kerana tidak semua apa yang anda inginkan ada di dalam pesawat, ini pesawat buknnya hotel atau kedai mamak yang boleh oder ikut suka hati anda. Mereka adalah ‘front-liner’ yang sering kali menerima leteran dari penumpang/pelanggan.

Dan anda tidak penah tahu.
# Mereka sangat berharap sangat-sangat jika anda berada di posisi mereka, bayangkan perasaan apabila berjauhan dari keluarga tersayang, amat-amat menyedihkan.
Ditambah pula jika terpaksa bertugas di hari lebaran atau salah seorang ahli keluarga telah meninggal dunia tetapi mereka tidak boleh pulang kerana terpaksa menghabiskan sisa tugasan.
Hampir 70% mereka menghabiskan kehidupan hanya di dalam ‘burung besi’ walaupun ramai yang menganggap kerjaya sebagai pramugari/pramugara adalah menyeronokkan kerana dapat mengembara keseluruh dunia.

17 comments: Leave Your Comments

  1. Replies
    1. So?? what kind of question is that?
      =,=

      Delete
  2. Msg2 sdh ada SOP sndr,semua kerja ada cabaran...

    ReplyDelete
  3. Hape la. Dan mereka x penah tahu apa yg penumpang rasa.

    ReplyDelete
  4. itu semua boleh dielakkan dgn mncari kerjaya lain,
    why they are still there? because they love their job.
    the choice is yours.

    ReplyDelete
  5. Wahhhhh, mind blowing...... Xpnah terfikir plak aku, @@

    ReplyDelete
  6. Well, when you are working with "services industry and dealing with PEOPLE", semua fakta2 diatas memang berlaku, sama ada bekerja dgn airlines, hotelier, transportation etc...berenang ke, masuk hutan ke, kena buat CPR ke...that;s a "job requirement that they MUST master. Itu sebabnya, mereka perlu jalani training for 6 months before they're qualified to fly....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i agree. it comes with the job. this article somehow sounds like a complaint rather than "things you dun know abt them".

      Delete
    2. agreed.. that what we call as "HOSPITALITY".. they r paid to serve a customers, why they need to complaint about their job?? come on, not just in airlines industry, every single jobs in this world have their own problems.. don't have a job is also a problem right??

      Delete
  7. Well i kinda.Hmm,T^T.Idk why saya baca jugak walaupun rasa malas gila.tak tahu kenapa tergerak sgt hati nak membaca.Tapi it's all true. >,< ya allah kau kurangkan lah rasa beban mereka menanggung,sama ada yang bekerja sebagai pramugari atau pun yang lain.

    ReplyDelete
  8. Good information as steward or stewardess job inside of their smile..but all job has their own challenges.. and working with service industry and dealing with people has to faced it..and the choice is yourself what you want to be..

    ReplyDelete
  9. seriously?!!...

    ReplyDelete
  10. Biasakla semua keja ada cabaran..

    ReplyDelete
  11. Setiap kerja ada cabaran sendiri & tanggungjawab. Kalau tak sanggup atau mahu yang berbeza cabarannya, yg lebih hebat atau yg lebih ringan...letak jawatan & cari kerja lain

    ReplyDelete
  12. Mereka juga x suka menghidangkan arak utk penumpang tapi atas arahan pihak atasan yg terlampau atas, terpaksa diturutkan wlu pun gaji mereka dah jd shubahah.

    ReplyDelete
  13. idk y u guys have to be so mean about this article.. kita sbg penumpang, we always wrote everything dlm website kalau kita x puas hati psl airline yg kita naiki.. but, when they want to tell us their true feeling about their job, kita nak kritik diorang??? jgn la jd bias, prejudice / diskriminasi.. y don't we give n take??? diorang sntsa tahu apa kemahuan kita sbg pelanggan n kita pon sepatutnya consider their feeling.. boleh nk complain itu ini, tp complain la elok2.. huhuhu.. just my 10cent opinion..

    ReplyDelete
  14. dan ad perbezaan di antara org yg "membayar" dan org yg "Dibayar".. jika mreka mrungut dengan kerja mreka, mreka xpatut ad dlm dunia Hospitaliti.. nk ckp dia je?? pkerja hospitaliti lain pon ad cabaran tersendiri.. Hotel, restoren, klab, even nurse pon ad yg kne goda taw x dlm hospital..

    ReplyDelete