AKHIRNYA.. Neelofa TAMPIL BERI PENJELASAN RASMI Isu Sentuh Kepalanya !!! | Sebelum ini, Neelofa telah dikecam kerana berkongsi foto ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Qari Maulana Faiz Uddin Hazarvi. Pelbagai komen diterima oleh aktres tersebut dimana ada yang menyatakan ia cuma teknik perubatan Islam dan Qari tersebut memegang secara berlapik.
Enggan membiarkan perkara terus berpanjangan, Neelofa menjelaskan Qari tersebut merupakan seorang saudara kepada bapa saudaranya sendiri yang telah diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya.
Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara saya.
Selain dihadiri saudara mara terdekat dari Kelantan dan Singapura, saudara mara yang sudah lama kami tidak berjumpa juga semua berkumpul pada majlis itu termasuk kenalan bapa saudara saya dari Pakistan, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Maulana menganggap saya dan sepupu saya yang lain seperti anaknya.
Tambah Neelofa gambar tersebut diambil secara spontan dan tidak menyangka ia akan mencetuskan cerita panas.
Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial.
Perkara menjadi lebih panas apabila adik perempuannya pula iaitu Ameera, lantang membalas kritikan-kritikan tersebut dengan bahasa kesat.
Neelofa pada awalnya sudah menasihatkan adiknya itu tetapi beliau tetap berdegil dan mahu menyuarakan pendapat beliau. Namun, kini beliau sudah belajar daripada kesilapan apabila turut menjadi mangsa tomahan di luar sana.
Sebenarnya tidak adil untuk dia (Ameera) juga apabila dikecam seperti itu. Lagipun dia bukan artis dan masih budak lagi berusia14 tahun. Kasihanlah dia.
Apabila sudah ramai yang memberi komen negatif, dia mula sedar dan belajar daripada kesilapannya. Zaman ini, banyak mata yang akan memerhati tindak tanduk kita melalui media sosial apatah lagi jika anda seorang artis.
Kewujudan keyboard warrior lebih menghangatkan sesuatu situasi. Harapnya selepas membaca penjelasan dari Neelofa hal ini tidak akan terus menjadi isu yang serius. KREDIT BEAUTIFULNARA.
0 comments:
Post a Comment