Senarai 9 Kereta PALING JIMAT Di Malaysia Yang Ramai TAK TAHU !!! | Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh
pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna,
syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis
kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.
Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.
1. Perodua Axia
21.6 Km/L
100KM = RM 8.80
Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus
menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang
efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini
boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi
manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta
ini bergerak sejauh 20.6 km.
2. Mitsubishi Mirage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada
kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2
DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak.
Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk
keselesaan.
3. Mitsubishi Attrage
21 Km/L
100KM = RM 9.10
Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk
penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc,
menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak,
kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless
operation system.
4. Hyundai i10
18.9 Km/L
100KM = RM 10.10
Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc
yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.
5. Honda City 2014
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini
mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan.
Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.
6. Myvi 1.3
17 Km/L
100KM = RM 11.20
Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja
mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan
penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta
ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti
Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.
7. Peugeot 208
16 Km/L
100KM = RM 11.90
Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480.
Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km
bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah
tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.
8. Volkswagen Polo Sedan
15.4 Km/L
100KM = RM 12.30
Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia
boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini
menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan
menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.
9. Proton Iriz
14.5 Km/L
100KM = RM 13.20
Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak
pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan
enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh
14.5km.
**Kesemua data diambil dari laman rasmi kereta ataupun di website reviu kereta. SUMBER SIAPKAPKELI.
**Kesemua data diambil dari laman rasmi kereta ataupun di website reviu kereta. SUMBER SIAPKAPKELI.
P.S. 1 - BENARKAH Dinosaur Itu WUJUD … Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus !!!
P.S. 2 - PENTING…. Benarkah HOLY WATER Boleh MURTADKAN Orang Islam ? !!!
P.S. 3 - Misteri di Gunung Baling Kedah Yang Ramai Tak Tahu…
P.S. 4 - Misteri Taman Marqueyssac di Perancis
P.S. 5 - Planet Marikh Mempunyai Tasik Ais Batu?
Viva no berapa? 0?
ReplyDeleteaku guna viva..lebih jimat rasanya
ReplyDeleteProton Savvy dalam Malaysia Book of Record 23.4 km per liter. Masih lagi amat jimat.
ReplyDeleteketa aku 1 liter tu utk masuk dlm head silinder je..belom gerak lg..no brape agknya...
ReplyDeleteNi senarai kete baru jek...viva ngn savvy da lama walaupon lg jimat dr yg atas ni...
ReplyDeletealready have attrage now.. Terbaik!
ReplyDelete