Sangat KEJAM... Budak 12 Tahun Ini Diberi Snack Sebelum Di Tembak MATI !!! | Gambar
yang menunjukkan saat terakhir sebelum seorang kanak-kanak berusia 12
tahun dibunuh oleh tentera Sri Lanka, tersebar. Melalui gambar tersebut,
terungkap bahawa kanak-kanak lelaki tersebut sempat diberi makanan
sebelum ditembak mati.
Gambar kanak-kanak yang bernama Balachandran Prabhakaran, anak pemimpin pemberontak Harimau Tamil, Velupillai Prabhakaranini, diambil pada Mei 2009 lalu, tengah berlaku konflik besar-besaran antara kerajaan Sri Lanka dengan kumpulan pemberontak Tamil.
Kerajaan
Sri Lanka selama ini mendakwa bahawa Balachandran mati dalam
tembak-menembak antara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak.
Namun kewujudan gambar tersebut membuktikan bahawa kanak-kanak tersebut
ternyata dihukum mati secara keji oleh tentera Sri Lanka. Demikian
seperti dilaporkan Daily Mail, Rabu (20/2/2013).
Gambar
pertama menunjukkan Balachandran yang sedang ditahan tentera Sri Lanka,
duduk di sebuah bangku sambil memakan snack.kelihatan gambar
kanak-kanak ini hanya berseluar pendek.
Namun
gambar di bawah benar-benar memilukan hati. Balachandran kelihatan
terbaring di tanah dalam keadaan tidak bernyawa,dan kelihatan luka
tembakan di dadanya.
Menurut
hasil pemeriksaan, terdapat 5 luka tembakan di bahagian dada
Balachandran. Dari lukanya, budak tersebut ditembak dari jarak dekat.
Pekara membuktikan kerajaan Sri Lanka yang menyatakan bahawa
Balachandran mati dalam adengan tembak-menembak adalah palsu.
Gambar-gambar
Balachandran ini dipaparkan dalam filem dokumentari berjudul 'No Fire
Zone' yang diterbitkan oleh pengarah Callum MacRae. Menurut MacRae,
foto-foto tersebut menjadi tamparan bagi kerajaan Sri Lanka.
"Gambar-gambar
itu menunjukkan ketika dia dalam tahanan, dan bahkan sempat diberi
makanan, sebelum akhirnya dibawa dan dilaksanakan hukuman secara keji,"
terang MacRae.
Pihak
tentera Sri Lanka menyatakan dengan kesal insiden itu. Menurut
jurucakap tentera Sri Lanka, Brigadier PR Wanigasooriya, pihaknya selalu
dituduh melakukan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia, namun
tidak pernah ada bukti yang menyokong tuduhan tersebut.
"Tidak ada bukti kuat yang membuktikan tuduhan tersebut yang mampu membuat kami melakukan siasatan," katanya. KREDIT DAILYMAIL.
0 comments:
Post a Comment