ROTAN PELAJAR.. Surat Terbuka Seorang Guru Kepada YASMIN HANI Yang MENGEJUTKAN !!! | Sebelum ini, Yasmin Hani mengeluarkan kenyataan di mana tindakan guru merotan anak murid sudah tidak relevan. Namun, tampil seorang guru mendakwa kenyataan selebriti itu sedikit
sebanyak telah mengguris hati warga pendidik. Maka diwarkah sebuah surat
terbuka untuk Yasmin Hani.
Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to
handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini
bukan bidang anda. anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami. namun
bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.
Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan di kerjaya kami,
maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. bukan saya
menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya
kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.
Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid. kerana
jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. mungkin anda
dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda
sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena
seperti itu.
Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda
secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda
akan rasa. sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk
menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian
artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes,
not even in my world”
Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda
dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak
anak anda sendiri. sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil
didikan ibu dan bapa mereka. dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di
sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.
Tugas kami mendidik. namun yang membantu kami menjadikan seorang murid
itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. semoga
kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata
kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak
dan setiap murid di dunia ini.
Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi
saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang
sedikit terasa dengan kata kata Puan
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan
Sincerely,
Guru XYZ
________________________________________________
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh guru XYZ ini. Sebelum menyentuh
profession orang lain, adalah lebih baik mencerminkan diri sendiri
terlebih dahulu.
Masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang yang diceburi. Jadi
usahlah memandai-mandai menegur perkara yang tidak sepatutnya ditegur.
By the way, tak mati murid kena rotan. Cuma mati bila ibu bapa terlalu
memanjakan anak-anak mereka. KREDIT THEHYPEMEDIA.
0 comments:
Post a Comment