8 Gambar Budak 8 Tahun Bertangan Raksasa Di India | Seorang kanak-kanak lelaki di India terpaksa berdepan cemuhan masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan penuh kesukaran selepas menghidap penyakit misteri yang menyebabkan tapak tangan dan jarinya membesar. Akibat penyakit itu, tangan Kaleem, 8, membesar sehingga 33 sentimeter dengan berat hampir 13 kilogram dan menyukarkannya melakukan tugas mudah seperti mengikat tali kasut dan memakai baju.
Ibunya Haleema, 27, memberitahu, semasa dilahirkan tangannya adalah dua kali ganda lebih besar berbanding saiz tangan bayi normal. "Sejak lahir tangannya besar dan jarinya panjang. Masalah kewangan juga menyukarkan kami membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan,"katanya dipetik Mail Online. Lebih malang lagi, ibu bapa Kaleem perlu membuat surat jika ingin menghantar anaknya itu ke sekolah kerana guru besar dan pihak sekolah tidak akan bertangung jawab jika dia dibuli atau kanak-kanak lain takut dengan tangannya.
0 comments:
Post a Comment