Saturday 31 January 2015

5 HAIWAN PELIK Yang Pernah Dijumpai Dibawah DASAR LAUT BEKU Di Antartika !!!

5 HAIWAN PELIK Yang Pernah Dijumpai Dibawah DASAR LAUT BEKU Di Antartika !!! | Dasar lauutan Antartika masih menyimpan begitu banyak lagi hidupan misteri yang kita tidak ketahui kerana suhunya yang dibawah tahap beku menyebabkan tidak ada orang yang berani menerokai lebih jauh.


Kala ini kami akan berkongsikan kepada anda 5 makhluk pelik yang berjaya ditemui di bawah ais Antartika. 5 makhluk ini agak menakutkan dan hanya boleh didapati di sini. Mereka mungkin kelihatan seperti menakutkan tetapi mereka kebanyakannya tidak berbahaya.

5. Comb Jelly


Obor-obor seperti ini sangat banyak terdapat dalam air permukaan Lautan Selatan dan ia secara meluas di dasar laut bawah ais ini dan ia amat berasid. Suhu lautan yang semakin panas akibat daripada tahap karbon dioksida di atmosfera menyebabkan haiwan ini kini sudah mua senang dijumpai.

4. Babi Laut


Haiwan adalah salah satu haiwan yang paling banyak ditangkap di luar pantai Antartika oleh pasukan penyelidikan antarabangsa di atas kapal Penyelidikan BAS Royal ,Kapal James Clark Ross. Banyak terdapat di Atlantik, Pasifik dan Lautan Hindi, beberapa spesies yang berkaitan boleh didapati di Antartika.

3. Ketam Hoff 


Ketam Hoff adalah haiwan laut dalam yang hampir mrnyerupai udang galah yang hidup pada lubang hidroterma di Antartika. Ketam yang diberikan nama samaran sebagai Krustasia telah berjaya ditemui pada tahun 2010 oleh ahli-ahli sains UK laut dalam kapal RRS James Cook, kerana persamaan di antara cengkerang iaitu setae di permukaan berkenaan dgn perut daripada kulit luar dan dada berbulu pelakon David Hasselhoff.

2. Beberapa Spesis Labah-labah  Laut


Makhluk laut yang agak banyak di dasar laut bawah ais di Antartika, dimana ia hidup banyak kerana kadungan oksigen yang agak tinggi diperairna laut cetek. Makhluk Gillless seperti labah-labah laut ini bernafas melalui rongga-rongga padatubuh mereka, yang membolehkan lebih banyak oksigen untuk diserap ke dalam badan mereka.

1. Blackfin icefish


Ikan-ikan ini berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di perairan sejuk pelantar benua Antartika. Darah mereka penuh dengan anti-pembekuan, tetapi tiada sel-sel darah merah. Mereka adalah antara banyak makhluk baru-baru ini dengan gambar Antartika Penyiasatan British di Lautan Selatan. KREDIT SIAKAPKELI.




Selanjutnya

Friday 30 January 2015

3 GAMBAR : Anak Erra Fazira Atas Sejadah Yang SEJUK Mata Memandang !!!

3 GAMBAR : Anak Erra Fazira Atas Sejadah Yang SEJUK Mata Memandang !!! | "Alhamdulillah... semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang. Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak? Tahniah buat Erra!! KREDIT MYARTIS.







Selanjutnya

Luahan SEDIH Diana Rafar Selepas Fail Penceraian !!!

Luahan SEDIH Diana Rafar Selepas Fail Penceraian !!! | Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu. Namun penampilan terbaru Diana yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.



Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru. Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. 



Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti. KREDIT OHBULAN!.




Selanjutnya

Gambar Perubahan MENDADAK Fesyen Terkini Siti Nurhaliza?

Gambar Perubahan MENDADAK Fesyen Terkini Siti Nurhaliza? | "Fesyen baru tokti. Kesian pulak tokti kena pakai mask sebegini. Kt uss tu kalau time cuaca panas sgtlah rimas!! Dgn sesaknya lagi." - Forum Cari. Menurut tajuk yang ditulis di laman forum cari, penyanyi tersohor ini dianggap sudah berpurdah? Kami tak tahu betul ke tak andaian penggiat forum ini. Apapun, korang bolehlah layan sekeping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza kat bawah yang dikatakan sudah mula memakai purdah. KREDIT FORUM CARI.






 
Selanjutnya

Wednesday 28 January 2015

AKHIRNYA.. Neelofa TAMPIL BERI PENJELASAN RASMI Isu Sentuh Kepalanya !!!

AKHIRNYA.. Neelofa TAMPIL BERI PENJELASAN RASMI Isu Sentuh Kepalanya !!! | Sebelum ini, Neelofa telah dikecam kerana berkongsi foto ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Qari Maulana Faiz Uddin Hazarvi. Pelbagai komen diterima oleh aktres tersebut dimana ada yang menyatakan ia cuma teknik perubatan Islam dan Qari tersebut memegang secara berlapik.


Enggan membiarkan perkara terus berpanjangan, Neelofa menjelaskan Qari tersebut merupakan seorang saudara kepada bapa saudaranya sendiri yang telah diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya. 

Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara saya. Selain dihadiri saudara mara terdekat dari Kelantan dan Singapura, saudara mara yang sudah lama kami tidak berjumpa juga semua berkumpul pada majlis itu termasuk kenalan bapa saudara saya dari Pakistan, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Maulana menganggap saya dan sepupu saya yang lain seperti anaknya. 

Tambah Neelofa gambar tersebut diambil secara spontan dan tidak menyangka ia akan mencetuskan cerita panas. 

Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial. 


Perkara menjadi lebih panas apabila adik perempuannya pula iaitu Ameera, lantang membalas kritikan-kritikan tersebut dengan bahasa kesat. Neelofa pada awalnya sudah menasihatkan adiknya itu tetapi beliau tetap berdegil dan mahu menyuarakan pendapat beliau. Namun, kini beliau sudah belajar daripada kesilapan apabila turut menjadi mangsa tomahan di luar sana. 

Sebenarnya tidak adil untuk dia (Ameera) juga apabila dikecam seperti itu. Lagipun dia bukan artis dan masih budak lagi berusia14 tahun. Kasihanlah dia. Apabila sudah ramai yang memberi komen negatif, dia mula sedar dan belajar daripada kesilapannya. Zaman ini, banyak mata yang akan memerhati tindak tanduk kita melalui media sosial apatah lagi jika anda seorang artis. 

Kewujudan keyboard warrior lebih menghangatkan sesuatu situasi. Harapnya selepas membaca penjelasan dari Neelofa hal ini tidak akan terus menjadi isu yang serius. KREDIT BEAUTIFULNARA.



 
Selanjutnya

PUNCA SEBENAR Hanez Dan Romie Percepat Tarikh Perkahwinan Pada Mac 2015 !!!

PUNCA SEBENAR Hanez Dan Romie Percepat Tarikh Perkahwinan Pada Mac 2015 !!! | Sebelum ini kita diberitahu bahawa pelakon  Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha akan berkahwin namun tarikh itu berbeza-beza. Hanez mengatakan enam bulan dari tarikh pertunangannya iaitu Disember lepas, manakala sumber kami mengatakan bulan Mei.


Pastinya pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Namun begitu, Hanez telah membuat tempahan kad kahwinnya di Kadkahwinku.com dan admin laman tersebut memberi bayangan seolah-olah tarikh perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015. 


Punca sebenarnya tidaklah diketahui. TETAPI. Kalau betul ini tarikh perkahwinan mereka bagus juga. Lagi cepat mereka berkahwin lebih elok lagi ya tak? Cuma pasti sibuk kerana tidak banyak masa yang tinggal. So, jom save the date! Kami dengar berita Hanez juga sedang sibuk membeli belah untuk majlis perkahwinannya itu. Memandangkan mereka dah nak berkahwin pun, kita doakan saja yang terbaik untuk Hanez dan Romie. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua. via BEAUTIFULNARA.




Selanjutnya

RINTIHAN SEDIH Romie Mengenai Hanez Suraya Yang MENGEJUTKAN Peminat !!!

RINTIHAN SEDIH Romie Mengenai Hanez Suraya Yang MENGEJUTKAN Peminat !!! | Hmmmmmm. Tak tahu nak rasa terharu atau nak rasa pelik apabila membaca kenyataan tunang kepada Hanez Suraya, Romie Razin Adilha ini. Mana tidaknya, menurut usahawan berjaya ini, dirinya memang bercita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak awal perkenalan mereka. Namun kalau tak silap Abang Nara, Romie sudah pun bergelar suami orang ketika itu. Mungkin Romie bercadang untuk berpoligami. Iyerlah, orang kaya dan berkemampuan memang selalu beristeri lebih dari satu. Tak gitu?


Namun rintangan, dugaan dan halangan yang telah menimpa Romie dan Hanez tiada siapa menduga. Walaupun begitu, jodoh mereka memang amat kuat. Kini Romie dan Hanez telah pun selamat bertunang dan akan bernikah pada bulan Jun ini. Membaca kata-kata Romie, memang jelas menunjukkan lelaki ini seorang yang tidak mudah berputus asa untuk memiliki cinta Hanez. Kata Romie:-

Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda. Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya. Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya.

Rasanya para pengikut perkembangan dunia hiburan juga sudah dapat menerima apa yang terjadi kepada Hanez dan Romie. Rata-rata sudah memaafkan bakal pasangan suami isteri ini. Satu ketika dahulu, memang nama Hanez Suraya dan Romie cukup dibenci orang ramai. Semoga apabila mereka berkahwin kelak, segala kisah-kisah tersebut akan dilupakan. Apa pun, tahniah kepada Romie kerana akhirnya apa yang dicita menjadi kenyataan. Selamat bergelar suami!!! via BERITA HARIAN.



 
Selanjutnya

15 GAMBAR TERKINI Maria Farida Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai Peminat !!!

15 GAMBAR TERKINI Maria Farida Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai Peminat !!! | Subhanallah... terkesima kami sebentar melihat koleksi foto Maria Farida yang keadaan bertudung. Maria Farida yang pernah mencetuskan kontroversi dunia hiburan dengan memuatnaik foto-foto berbikini di laman instagram beliau, kali ini memuatnaik pula foto-foto beliau bertudung.


Tapi foto-foto beliau bertudung ini sebenarnya adalah atas urusan kerja. Kebanyakkannya adalah untuk sesi fotoshoot produk dan ketika Maria menunaikan umrah. Sudah tentu sebagai peminat, kita harapkan artis cantik ini akan terbuka hatinya untuk berhijab suatu hari nanti. Semoga beliau istiqamah.





















 
Selanjutnya

Tiada Lagi Teka Teki.. Lisa Surihani SAH Mengandung !!!

Tiada Lagi Teka Teki.. Lisa Surihani SAH Mengandung !!! | Spekulasi dan teka teki mengenai diri Lisa Surihani yang dikatakan sudah berbadan dua terjawab sebentar tadi apabila suaminya, Yusry Abdul Halim mengesahkan kebenarannya.


"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh," kata Yusry yang duduk bersebelahan Lisa ketika temubual ini berlangsung. Tambah Pengarah Cicakman 3 itu, ketika bertebaran cerita mengandung ini pelbagai teori muncul. 

"Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. "Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama," katanya. Lisa yang tersipu malu di sebelah Yusry mengakui bukan niat beliau untuk berselindung. "Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. 

Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya," katanya. 24 Februari depan akan genap tiga tahun usia perkahwinan mereka. SUMBER BERITAHARIAN.



 
Selanjutnya

Sunday 25 January 2015

7 GAMBAR NGERI.. Wanita TERSEPIT Selepas Kereta Berlanggar Dengan TRELER Di Bangi !!!

7 GAMBAR NGERI.. Wanita TERSEPIT Selepas Kereta Berlanggar Dengan TRELER Di Bangi !!! | Seorang wanita berusia 40-an berhadapan saat getir dalam hidupnya apabila kereta Proton Aeroback yang dipandu dirempuh sebuah lori treler membawa muatan batu berdekatan simpang tiga Jalan Besar Pekan, Bangi Lama jam 7.35 pagi tadi (Jumaat).

Lebih tragis, mangsa dikatakan tersepit lebih satu jam dalam keretanya ekoran dihempap lori seberat 10 tan berkenaan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek lori berkenaan menyebabkannya merempuh kereta mangsa dan sebuah kereta lain jenis Naza Sutera yang dipandu lelaki berusia 30-an. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya berjaya mengeluarkan pemandu lelaki, manakala pemandu wanita yang terperosok di bawah lori terpaksa menunggu ketibaan bomba. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi yang tiba di lokasi pukul 7.45 pagi, terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat lori berkenaan sebelum mangsa wanita berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih sedar pada pukul 8.47 pagi. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan kecemasan ekoran cedera parah. - MYNEWSHUB.CC. Lagi gambar di bawah..









 
Selanjutnya

Sunday 4 January 2015

Penyelidik Temui Iblis Laut

Penyelidik Temui Iblis Laut | SPESIS ikan ‘the Black Seadevil’ atau iblis laut merupakan hidupan laut yang hidup di laut dalam di Lautan Hindi, Pasifik dan Atlantik. Namun penemuannya yang sangat jarang dilaporkan menimbulkan keraguan terhadap kewujudan spesies ini.
 

Menerusi sebuah laporan berita SFGate, Institut Kajian Akuaria Teluk Monterey (MBARI) melaporkan menemui spesies ini yang sepanjang lapan sentimeter pada November lalu. Malah, kumpulan penyelidik institusi berkenaan turut merakamkan video berdurasi lebih 10 saat untuk mendedahkan hidupan tersebut kepada orang ramai. 

Sementara itu, Ketua kumpulan penyelidik,  Bruce Robinson berkata, penemuan tersebut dilakukan pada kedalaman 1,900 kaki daripada permukaan laut. “Ia merupakan kali pertama pihak kami berjaya merakamkan hidupan tersebut di habitatnya, spesies ini adalah antara yang paling jarang ditemui di semua kawasan laut dalam,” katanya. Iblis laut pada kebiasaannya hidup di laut dalam dan tidak pernah mendedahkan dirinya di permukaan laut seperti hidupan laut yang lain. 

Ikan ini dikatakan mempunyai daya penglihatan sangat tajam dan boleh memakan mangsa yang lebih besar daripada saiz badannya berikutan tahap fleksibiliti yang tinggi pada bahagian perut. Iblis laut ini dikatakan tergolong antara lima spesies dalam keluarga Melanocetus. Untuk rekod, Iblis laut ini pernah menjadi watak di dalam filem animasi Finding Nemo yang ditayangkan pada tahun 2003. via Sinar Harian Online.


Selanjutnya

Saturday 3 January 2015

4 GaMbaR TangKapaN IkaN PaRi TerbesaR Di DuNia !!!

4 GaMbaR TangKapaN IkaN PaRi TerbesaR Di DuNia !!! | Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia telah dipecahkan oleh Pemancing dari England, Ian Welch. Ikan Pari Terbesar di dunia ini ditangkap di perairan Sungai Mekong, Thailand. Ikan yang ditangkapnya dipercayai Ikan Pari Terbesar Di Dunia. Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki. Menurut Ian Welch dia memerlukan selama 90 minit untuk menangkap Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke daratan dengan dibantu 13 orang lelaki. Aku rasa yang tangkap ikan pari ni orang Thailand, Ian Welch watak sampingan tapi dia yang ambil semua kredit. Biasa la orang puteh…Perincian berita ikan pari terbesar dunia ni ada di bawah. P/S: Dunia ini terdiri dari 70% laut dan 30% darat. Sedangkan darat pun tak habis kita jelajah, ini pula lautan. Banyak lagi makhluk Allah di lautan yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini. via i-malaysiakini.com.







Selanjutnya

Inilah Satu-satunya Tentera Yang Pakai PAMPERS Ketika Berperang .. JOM TENGOK !!!

Inilah Satu-satunya Tentera Yang Pakai PAMPERS Ketika Berperang .. JOM TENGOK !!! | Seorang ahli perubatan Indonesia yang kerap memasuki Gaza, Dr Joserizal Wartawan berkata, tentera Israel merasakan takut yang luar biasa apabila memasuki Gaza. Kerana itu, mereka memasuki Gaza dengan Tank Merkava. Mereka tidak berani keluar dari kereta kebal dan menghabiskan masa berhari-hari di dalam sana.


"Mereka menahan kencing dan berak dengan menggunakan pempers," jelas Jose menceritakan pengalamannya ke Gaza pada 2009. Sementara di luar tank, katanya, pasukan elit Palestin, Briged Izzuddin al-Qassam, menyebar. Bermodalkan senjata AK-47, mereka mengintai pasukan Israel. Ia menjelaskan, mereka menahan lapar dan haus dengan berpuasa. Sesekali mereka berzikir sambil tetap melakukan pengintaian. 

Ketika tudung tank terbuka, mereka masuk dan melakukan menyerbu dan mengalahkan pasukan Israel. Aksi yang sama diramal akan berulang kembali jika Israel melakukan serangan darat. Brigade Izzuddin al-Qassam selalu menyeru Gaza akan menjadi neraka bagi Israel. via Dairishare.




Selanjutnya

8 GAMBAR : Pengemis Di Siang Hari ...MAKAN MEWAH Di Hotel Bintang Lima Di Malam Hari !!!

8 GAMBAR : Pengemis Di Siang Hari ...MAKAN MEWAH Di Hotel Bintang Lima Di Malam Hari !!! | Ada ramai orang yang meminta belas kasihan orang lain dengan menadah tangan. Sebahagian daripada mereka ditinggal keluarga dan tidak mempunyai tempat tinggal, sehingga mengemis adalah pilihan terakhir untuk bertahan hidup. Sedangkan sebahagian pengemis lain, mereka masih muda tetapi meminta-minta sedangkan mereka bergaya hidup mewah.


Seorang jurugambar senior bernama Zhengzhou dari China mendedahkan gambar tiga orang pengemis dengan mengekori mereka. Mereka kelihatan sangat profesional, pakaian mereka compang-camping. Geng pengemis ini seolah-olah satu keluarga, bahkan menangis menyayat hati apabila meminta-minta. Sudah pasti ramai yang bersimpati dan memberikan beberapa keping wang pada mereka.

Jurugambar dengan sabar menunggu seharian sehingga terkuak fakta yang sangat mengejutkan. Tiga pengemis itu bukan orang miskin, kehidupan mereka jauh dari mewah dari orang biasa. Mereka tinggal di rumah yang lebih baik. Tiga pengemis itu juga bersarapankan burger di restoran makanan segera. Ketika tengah hari, mereka makan daging lembu di sebuah restoran, minum bir, mencuci mulut dengan tembikai dan makan aiskrim. Ketika malam tiba, mereka makan di restoran mewah hotel lima bintang.

Bayangkanlah! Orang yang memberikan mereka wang belum tentu boleh makan di restoran hotel lima bintang. Hanya orang-orang kaya dan orang penting sahaja yang mampu menikmati kemewahan hotel bintang lima. Bahkan jurugambar turut berjaya merakam pengemis tersebut ketika membeli barang-barang mewah.

Dengan berpura-pura sakit dan menangis, mereka mampu meraih banyak duit di luar apa yang anda bayangkan. Rata-rata pendapatan pengemis adalah RMB $ 3,000 . via Dairishare.











Selanjutnya