Sunday 25 January 2015

7 GAMBAR NGERI.. Wanita TERSEPIT Selepas Kereta Berlanggar Dengan TRELER Di Bangi !!!

// // Leave a Comment
7 GAMBAR NGERI.. Wanita TERSEPIT Selepas Kereta Berlanggar Dengan TRELER Di Bangi !!! | Seorang wanita berusia 40-an berhadapan saat getir dalam hidupnya apabila kereta Proton Aeroback yang dipandu dirempuh sebuah lori treler membawa muatan batu berdekatan simpang tiga Jalan Besar Pekan, Bangi Lama jam 7.35 pagi tadi (Jumaat).

Lebih tragis, mangsa dikatakan tersepit lebih satu jam dalam keretanya ekoran dihempap lori seberat 10 tan berkenaan. Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek lori berkenaan menyebabkannya merempuh kereta mangsa dan sebuah kereta lain jenis Naza Sutera yang dipandu lelaki berusia 30-an. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya berjaya mengeluarkan pemandu lelaki, manakala pemandu wanita yang terperosok di bawah lori terpaksa menunggu ketibaan bomba. 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi yang tiba di lokasi pukul 7.45 pagi, terpaksa menggunakan kren bagi mengangkat lori berkenaan sebelum mangsa wanita berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih sedar pada pukul 8.47 pagi. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan kecemasan ekoran cedera parah. - MYNEWSHUB.CC. Lagi gambar di bawah..









 

0 comments:

Post a Comment