Showing posts with label Kisah Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hiburan. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Rita DEDAH Isteri Bekas Suami GANGGU Dirinya Tidur Tengah Malam ? !!!

Rita DEDAH Isteri Bekas Suami GANGGU Dirinya Tidur Tengah Malam ? !!! | Panas! Panas! Panas! Fuh. Nak dijadikan cerita, tengah malam semalam, kami menerima emel daripada pembaca yang mendakwa bahawa Rita Rudaini menerusi laman Instagramnya mengakui bahawa dia sedang di’skodeng’ oleh seseorang.


Makin panas lagi, Rita memuat naik gambar nombor telefon yang menganggunya. Tapi, korang mesti terkejut bila tahu bahawa nombor telefon itu dikatakan milik isteri bekas suaminya, Zarema Zainal. ZZ stalk RR ke?

“Tolong Simpan Bodoh Bengap Tu Dalam Poket..”


Kapsyen Rita di Instagram;
Alahaiiiiiii.. nak apa kacau org mlm2 niiii… org tgh sibuk nk bg ank2 tido laaa oiii…xcukup skodeng kt ig,skodeng watsap i olls u ollss….Kan dah terkantoiii..ALLAH marah tuu…nak apa kol2 ni alahaiiiiii ???????????????? jgn main2 dgn i olls ye…klau xberapa bijak tu tolg simpan bodoh bengap tu dlm poket ???? jgn nk tunjuk sgt,xberapa bagus laaa ???? nasib laa i olls ni ada rasa kesian skit kt u olls ni oii,klau tidak i olls letak terus nama u olls yg terpampang kuar kt screen watsap td…satu msia tau…tp i olls hati xsebusuk u olls ????????#memangsahsakitotakkau ni #memangsahsaikotahapdewakauni #Certekacertekasape ????????

byk masa sgt la tuuu smpai WATSAP i olls pon di skodeng n siap simpan no i olls ???? wowww teruja sgguh i olls ada peminat fanatik mcm u olls ?????? #jgnskodengsgtnntimental #jgnjgnjgnnntidptbarahotak #jgnlamainkolkolsysmpaipagi KASI TUNJUK NUMBER DIA SKIT..SEKARANG SAPE YG GILA? ???? TEPUK OTAK TANYA DIRI SENDIRI ???? U OLLS CEK SENDIRI LAH KT CELCOM NAMA DIA OR CUBA KOL KACAU DIA PLAK..ASYIK DIA JE KOL KACAU ORG ????

Siapakah pemilik nombor misteri tu?

Tak cukup dengan itu, pengirim emel juga memberitahu bahawa nombor itu dikatakan milik Zarema Zainal.
Malah, kami juga telah menyemak informasi tersebut menerusi apps WeChat dan maklumat tersebut adalah ‘valid’ sehingga malam semalam. Tak tahulah pagi ni dah tukar ke kan…


Erm..Takpelah. Mungkin orang lain yang guna nombor Zarema kot. Ke macamana? KREDIT OHBULAN.





Selanjutnya

Thursday, 14 May 2015

Inilah LINK Tonton Dan Download Drama HATI PEREMPUAN Tv3 !!!

Inilah LINK Tonton Dan Download Drama HATI PEREMPUAN Tv3 !!! | Drama Bersiri HATI PEREMPUAN telah menjadi fenomena di Malaysia apabila ramai yang menyukai dan pada masa yang sama suka pula mengkritik drama ni. Bagi yang terlepas atau tidak berkelapangan tengok drama ni pada waktunya, berikut merupakan link download muat turun atau tengok online bagi Drama Hati Perempuan TV3 ini.


Tajuk: Hati Perempuan 
Channel : TV3 
Slot : Akasia 
Mula Tayangan : 30 Mac 2015 
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm] 
Jumlah Episode : 28 
Lagu Tema Drama Hati Perempuan : Sampai Mati - Hazama 
Barisan Pelakon Drama Hati Perempuan : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, dll. 

Sinopsis Drama Hati Perempuan 

“Hati Perempuan” berkisarkan mengenai Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zari (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. 

Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). 

Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan. Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril.

Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama?

Download Muat Turun Dan Tonton Episod Drama Hati Perempuan

Drama Hati Perempuan Episod 01
Drama Hati Perempuan Episod 02
Drama Hati Perempuan Episod 03
Drama Hati Perempuan Episod 04
Drama Hati Perempuan Episod 05
Drama Hati Perempuan Episod 06
Drama Hati Perempuan Episod 07
Drama Hati Perempuan Episod 08
Drama Hati Perempuan Episod 09
Drama Hati Perempuan Episod 10
Drama Hati Perempuan Episod 11
Drama Hati Perempuan Episod 12
Drama Hati Perempuan Episod 13
Drama Hati Perempuan Episod 14
Drama Hati Perempuan Episod 15 
Drama Hati Perempuan Episod 16
Drama Hati Perempuan Episod 17
Drama Hati Perempuan Episod 18
Drama Hati Perempuan Episod 19
Drama Hati Perempuan Episod 20
Drama Hati Perempuan Episod 21
Drama Hati Perempuan Episod 22
Drama Hati Perempuan Episod 23
Drama Hati Perempuan Episod 24
Drama Hati Perempuan Episod 25
Drama Hati Perempuan Episod 26
Drama Hati Perempuan Episod 27
Drama Hati Perempuan Episod 28



Selanjutnya

Tuesday, 12 May 2015

6 Sebab Drama ‘Hati Perempuan’ Buat Kami Menyampah & Muak Setiap Petang.. Jangan SENTAP !!!

6 Sebab Drama ‘Hati Perempuan’ Buat Kami Menyampah & Muak Setiap Petang.. Jangan SENTAP !!! | Siapa kat sini penggemar drama terbaru slot Akasia, ‘Hati Perempuan’ yang menggandingkan Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan? Mungkin ada yang suka dan tak kurang juga meluat dengan drama ini kan. Nah, ini adalah 5 sebab drama ‘Hati Perempuan’ ini bikin kami menyampah!KREDIT OHBULAN.

1. Sikit-Sikit Merajuk. Seriouslah ada perempuan yang macamni?


Adoiyai. Tengku Zaril tu layan punyalah bagaikan princess, tapi Yuhanis ni terlebih mengada pula! Hal kecil pun nak dijadikan isu.
Well, pada kami drama ni sedikit sebanyak macam downgrade kaum wanita pun ada bila banyak menunjukkan betapa ‘insecure’nya Yuhanis tu.

2. Ramai Wanita Jelmaan Yuhanis Akan Muncul


Beranganlah kau! Itu semua drama. Ayat itu harus dilemparkan kepada gadis-gadis yang akan memperagakan pakaian persis Yuhanis ( contohnya: bawal satin) dan menunggu Tengku melamarnya. Eh. Back to reality please!

3. Gadis Mula Idam Lelaki Se’perfect’ Tengku Zaril


Woi! Mana ada lelaki yang punyalah sabar nak layan perangai terlebih sentap wanita macam Yuhanis tu. Silap-sila jadi andartu la kau….

4. Ayahanda?


Erm..Kami rasa secara realitinya jika memang ada keturunan raja pun jarang memanggil ayah mereka dengan panggilan ayahanda. Kecuali kalau Ayahanda kawasan. Hiks. Takpelah. Bagilah dia feeling sikit.

5. Jalan Cerita Persis Program Kitar Semula


Mungkin anda mempunyai pendapat yang lain. Tapi, bagi kami drama ini tak mampu untuk memberikan apa-apa suntikan elemen baru dalam penceritaan.
Suka, gaduh, gembira, suka balik lepastu gaduh balik. Eh, macamtu je ke kehidupan sebenar kita eh?

6. Ada Beza Hati Muslimah dan Hati Wanita

Malas cakap banyak, baca je bawah ni….






Selanjutnya

Monday, 11 May 2015

Pelakon Remaja TERKENAL Dir og0l Bapa Tiri Sejak 10 Tahun Lalu !!!

Pelakon Remaja TERKENAL Dir og0l Bapa Tiri Sejak 10 Tahun Lalu !!! | Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelakon remaja yang pernah membintangi beberapa drama bersiri yang disiarkan stesen televisyen berbayar disyaki menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak lelaki berkenaan mengahwini ibunya 10 tahun lalu.


Menurut sumber, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas anak perempuannya itu mengadu dipaksa memenuhi nafsu buat bapa tirinya setiapa kali ditinggalkan sendirian di rumah. Katanya, gadis itu menjadi mangsa cabul lelaki berusia 50-an itu sejak berusia tajuh tahun lagi selepas mereka tinggal di Johor Bahru dan suspek semakin berani melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa sehingga merogol remaja berkenaan ketika mangsa berusia 12 tahun. 

Sementara itu, Ketua Jabaran Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Adnan Abdullah ketika dihubungi akhbar berkenaan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan menyatakan bapa tiri remaja berkenaan ditahan Jumaat lalu di Ampang. 

Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa dan kini direman hingga Khamis ini bagi membantu siasatan. KREDIT ROTIKAYA.




Selanjutnya

Friday, 8 May 2015

Inilah REPLY MENGEJUTKAN Faizal Tahir Kepada Wanita Yang KUTUK Dia Cakap ENGLISH !!!

Inilah REPLY MENGEJUTKAN Faizal Tahir Kepada Wanita Yang KUTUK Dia Cakap ENGLISH !!! | Baru-baru ini, Faizal Tahir memuat gambar anaknya di laman Instagram dengan caption gambar dalam bahasa inggeris.

"Im so proud of this little angel of mine. Just turned 2. Still on diapers. But she already knows when n how to take off her diapers n sit on the potty all by herself. The next thing you’ll hear is a small voice calling out, “Daddyyyyyyy.. Im dooooone!!” N she hasnt even gone through potty-training yet. Fact is the girls in my family have always been more independent. Im a proud father. Alhamdulillah. Thank u Allah for the most precious gift anyone can ever ask for." katanya.

Bagaimanapun, ada seorang wanita yang menggunakan nama rose_bqi menegur mengapa penyanyi itu tidak menggunakan bahasa melayu.

"Kenapa tak nak cakap melayu? Kan bagus," kata Rose dengan icon thumbs up. 

"Oh.. Saya taktau pulak cakap English tu tak bagus," balasnya dengan emoticon mata terpejam.

"Kita rakyat Malaysia tak salah kalau lebih sikit cakap melayu. Betul kan? Bukan kata tak boleh cakap english. Dalam Instagram ni pun banyak orang melayu. Tak salah kalau lebih sikit cakap melayu. Itu saja," katanya lagi.
Ekoran dari itu, Faizal Tahir sekali lagi memuat naik gambar yang pernah dimuat naik oleh stesen radio ERA.

Sekali tepat terkena pada muka Rose. 

"Dalam Instagram ni pun banyak orang melayu,"

Tergelak juga dibuatnya. KREDIT THEHYPEMEDIA.




Selanjutnya

Monday, 4 May 2015

3 GAMBAR Emma Maembong Dan Kekasih Baru BERMESRA Ini Bakal Buat Luka Zizan Razak BERDARAH Kembali !!!

3 GAMBAR Emma Maembong Dan Kekasih Baru BERMESRA Ini Bakal Buat Luka Zizan Razak BERDARAH Kembali !!! | Sebelum ini, bukan sahaja Kamal Adli malah Emma Maembong sendiri menafikan bahawa mereka kini sedang bercinta namun beberapa keping gambar yang kami terima hari ini bagaikan menjawab persoalan tersebut.

Kamal sendiri sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia turut bersimpati terhadap Emma kerana tidak henti-henti dicemuh peminat kerana rapat dengannya malah dalam masa yang sama turut mengeluarkan kenyataan – masih terlalu awal untuk kami ke fasa serius – mengenai hubungan mereka. 

Mungkin juga Kamal dan Emma sudah bersedia untuk membuka kisah baru di antara mereka sebab itu mereka tidak kisah untuk keluar berdua sedangkan mereka sendiri sedia maklum pasti akan ada mata memerhati. Apa pun, semoga hubungan yang terjalin bakal membawa bahagia kepada pasangan ini. KREDIT ROTIKAYA.




Selanjutnya

Tuesday, 10 February 2015

Menjelang Pernikahan... Yana Samsudin Dedah SIKAP SEBENAR Bakal Suami !!!

Menjelang Pernikahan... Yana Samsudin Dedah SIKAP SEBENAR Bakal Suami !!! | Jumaat ini aktres Yana Samsudin, 31, bakal bergelar isteri kepada produser filem, pelakon dan penulis skrip, Fadzil Zahari, 32. Fadzil adalah adik kepada pelakon Farid Kamil. Majlis pernikahan akan diadakan selepas solat Jumaat di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Johor.


Ia akan diikuti dengan majlis persandingan pasangan itu keesokan harinya di Dataran Gemilang Yong Peng. Yana yang sempat dihubungi BH Online di tengah-tengah kesibukannya membuat persiapan saat akhir sebelum bergelar ratu sehari, menyifatkan bakal suaminya itu sebagai lelaki yang cukup memahami dan penyabar. "Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. 

Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya. "Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama," katanya. Begitupun, ketika ini Yana belum dapat menetapkan lagi berapa dulang hantaran yang akan diberi serta diterimanya daripada bakal suami. Yana tanpa berselindung mengakui keputusan berkahwin itu terjadi pada saat akhir. 

Aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2013) berkata, dia terkejut apabila Fadzil menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu. Ketika itu dia sibuk dengan persiapan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. "Jadi tak sampai tiga bulan untuk saya mempersiapkan diri sebagai isteri termasuk membuat persiapan kahwin. Tapi Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Di sebalik kelancaran itu biasalah kalau ada masalah itu ini, termasuk proses menguruskan borang nikah. "Jujurnya kami nak buat majlis kecil-kecilan dan serba ringkas saja. Kami nak buat majlis ala kampung. Fadzil pun orang Kedah dan saya nak dia rasa cara majlis kahwin orang Johor yang pengantinnya kena berarak selain ada upacara pencak silat. "Tapi perancangan biasa itu sudah jadi tak biasa lagi. 

Asalnya kami cetak 700 saja kad undangan kahwin tetapi nampak gayanya kena jemput lebih ramai. Insya-Allah majlis bertandang akan diadakan di Jitra pada 7 Mac depan," katanya. Yana mula mengenali Fadzil pada 2009. Sebelum menghantar rombongan meminang pada 14 Disember lalu, Fadzil dan keluarganya pernah datang merisik pada 16 September 2010. Ketika itu Fadzil main redah saja datang rumah keluarga Yana. Kebetulan masa itu masih dalam mood berhari raya. Masa itu, keluarganya datang ingin mengetahui status Yana sama ada sudah dimiliki atau masih solo. Bapa Yana katakan kepada mereka dia masih solo. 

 Ketika itu mereka terus berteman baik. Namun, nak kata istilah bercinta atau pasangan kekasih pun tidak juga. Cukup untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain, tambah Yana. "Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil. "Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum," katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu. KREDIT BERITA HARIAN.



 
Selanjutnya

Tuesday, 3 February 2015

3 Gambar KENDERAAN MEWAH Johan Raja Lawak Akhirnya DIDEDAHKAN !!!

3 Gambar KENDERAAN MEWAH Johan Raja Lawak Akhirnya DIDEDAHKAN !!! | #Johan Raja Lawak apabila di lihat sangat simple dan bersahaja. Tidak suka menunjukkan kemewahan yang ada membuatkan ramai peminat senang dengannya. Dengan status pelawak popular dan memenangi pelbagai pertandingan, Johan Raja Lawak boleh dikatakan sudah berjaya dan sudah tentu kaya dan murah rezeki. Terbaru “Johan Juara Super Spontan“, tahniah di ucapkan.


#Hadiah-hadiah kemenangan Johan sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan itu belum lagi gaji di Era FM dan juga kerja yang lain. Malah rezeki Johan yang terbaru “Mahkamah Arah Pihak Produksi Bayar Johan RM170,100 Dengan Segera“. Memang kaya la si Johan ni nanti.

Dengan kejayaan dan betapa murahnya rezeki Johan Raja Lawak ini, ramai yang tak sangka kenderaan yang dinaiki oleh Johan untuk pergi ke kerja di Era FM.

Ramai yang menyangka Johan menaiki kereta mewah, namun beliau hanya menaiki motor ke tempat kerja. Mungki nak cepat sampai ke tempat kerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping berjimat. hehe apa pun kenderaan yang di naiki pastikan ianya selesa.

~
~
~
~
~
~
~











SUMBER LESTIK BULAN


 
Selanjutnya

Sunday, 1 February 2015

Komen MENGEJUTKAN Johan Raja Lawak Isu VIRUS Tersingkir MLM 2014 !!!

Komen MENGEJUTKAN Johan Raja Lawak Isu VIRUS Tersingkir MLM 2014 !!! | #Nasib tidak memihak kepada > kumpulan Virus apabila tersingkir pada saingan minggu separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor di sini sekaligus gagal mara ke pentas akhir MLM 2014 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada Jumaat depan.....
#Sejak awal lagi, Virus yang dianggotai oleh Yus, Tauke dan Zizan gagal memberikan persembahan memuaskan dan sudah beberapa kali diumumkan menduduki tangga tiga kumpulan terbawah.....

#Ia seterusnya mengundang kritikan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisah dan Fazura yang mahu mereka bangkit memberikan persembahan lebih baik.....

#Penyingkiran ini sekaligus menyaksikan lima peserta iaitu kumpulan Sepahtu, kumpulan Shiro, kumpulan Bocey, > kumpulan Zero dan Nabil akan bertarung merebut gelaran juara dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan bernilai RM500,000....
#Virus sekadar mengutip 48.61 markah dari sistem pemarkahan 70 peratus oleh juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton. Mereka terpaksa akur dengan penyingkiran ini berikutan memperoleh markah rendah berbanding kumpulan lain......

#Berikut pula ialah screenshot komen Johan Raja Lawak selepas kumpulan Virus tersingkir semalam di separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014...... KREDIT MYBINTANGNEWS.



 
Selanjutnya

Friday, 30 January 2015

3 GAMBAR : Anak Erra Fazira Atas Sejadah Yang SEJUK Mata Memandang !!!

3 GAMBAR : Anak Erra Fazira Atas Sejadah Yang SEJUK Mata Memandang !!! | "Alhamdulillah... semangat nak belajar tu ada... tapi lepas satu rakaat dah tumbang. Toleh belakang... dah sekiannnnn wabillahhhh," begitulah seloroh Erra Fazira mengenai ragam anak sulungnya Engku Aleesya ketika belajar sembahyang. Kata orang... melentur buluh biarlah dari rebungnya ya tak? Tahniah buat Erra!! KREDIT MYARTIS.







Selanjutnya

Luahan SEDIH Diana Rafar Selepas Fail Penceraian !!!

Luahan SEDIH Diana Rafar Selepas Fail Penceraian !!! | Beberapa bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu. Namun penampilan terbaru Diana yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.



Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru. Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. 



Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti. KREDIT OHBULAN!.




Selanjutnya

Gambar Perubahan MENDADAK Fesyen Terkini Siti Nurhaliza?

Gambar Perubahan MENDADAK Fesyen Terkini Siti Nurhaliza? | "Fesyen baru tokti. Kesian pulak tokti kena pakai mask sebegini. Kt uss tu kalau time cuaca panas sgtlah rimas!! Dgn sesaknya lagi." - Forum Cari. Menurut tajuk yang ditulis di laman forum cari, penyanyi tersohor ini dianggap sudah berpurdah? Kami tak tahu betul ke tak andaian penggiat forum ini. Apapun, korang bolehlah layan sekeping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza kat bawah yang dikatakan sudah mula memakai purdah. KREDIT FORUM CARI.






 
Selanjutnya

Wednesday, 28 January 2015

AKHIRNYA.. Neelofa TAMPIL BERI PENJELASAN RASMI Isu Sentuh Kepalanya !!!

AKHIRNYA.. Neelofa TAMPIL BERI PENJELASAN RASMI Isu Sentuh Kepalanya !!! | Sebelum ini, Neelofa telah dikecam kerana berkongsi foto ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Qari Maulana Faiz Uddin Hazarvi. Pelbagai komen diterima oleh aktres tersebut dimana ada yang menyatakan ia cuma teknik perubatan Islam dan Qari tersebut memegang secara berlapik.


Enggan membiarkan perkara terus berpanjangan, Neelofa menjelaskan Qari tersebut merupakan seorang saudara kepada bapa saudaranya sendiri yang telah diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya. 

Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara saya. Selain dihadiri saudara mara terdekat dari Kelantan dan Singapura, saudara mara yang sudah lama kami tidak berjumpa juga semua berkumpul pada majlis itu termasuk kenalan bapa saudara saya dari Pakistan, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Maulana menganggap saya dan sepupu saya yang lain seperti anaknya. 

Tambah Neelofa gambar tersebut diambil secara spontan dan tidak menyangka ia akan mencetuskan cerita panas. 

Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial. 


Perkara menjadi lebih panas apabila adik perempuannya pula iaitu Ameera, lantang membalas kritikan-kritikan tersebut dengan bahasa kesat. Neelofa pada awalnya sudah menasihatkan adiknya itu tetapi beliau tetap berdegil dan mahu menyuarakan pendapat beliau. Namun, kini beliau sudah belajar daripada kesilapan apabila turut menjadi mangsa tomahan di luar sana. 

Sebenarnya tidak adil untuk dia (Ameera) juga apabila dikecam seperti itu. Lagipun dia bukan artis dan masih budak lagi berusia14 tahun. Kasihanlah dia. Apabila sudah ramai yang memberi komen negatif, dia mula sedar dan belajar daripada kesilapannya. Zaman ini, banyak mata yang akan memerhati tindak tanduk kita melalui media sosial apatah lagi jika anda seorang artis. 

Kewujudan keyboard warrior lebih menghangatkan sesuatu situasi. Harapnya selepas membaca penjelasan dari Neelofa hal ini tidak akan terus menjadi isu yang serius. KREDIT BEAUTIFULNARA.



 
Selanjutnya

PUNCA SEBENAR Hanez Dan Romie Percepat Tarikh Perkahwinan Pada Mac 2015 !!!

PUNCA SEBENAR Hanez Dan Romie Percepat Tarikh Perkahwinan Pada Mac 2015 !!! | Sebelum ini kita diberitahu bahawa pelakon  Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha akan berkahwin namun tarikh itu berbeza-beza. Hanez mengatakan enam bulan dari tarikh pertunangannya iaitu Disember lepas, manakala sumber kami mengatakan bulan Mei.


Pastinya pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan tarikh perkahwinan sudah semakin dekat. Namun begitu, Hanez telah membuat tempahan kad kahwinnya di Kadkahwinku.com dan admin laman tersebut memberi bayangan seolah-olah tarikh perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015. 


Punca sebenarnya tidaklah diketahui. TETAPI. Kalau betul ini tarikh perkahwinan mereka bagus juga. Lagi cepat mereka berkahwin lebih elok lagi ya tak? Cuma pasti sibuk kerana tidak banyak masa yang tinggal. So, jom save the date! Kami dengar berita Hanez juga sedang sibuk membeli belah untuk majlis perkahwinannya itu. Memandangkan mereka dah nak berkahwin pun, kita doakan saja yang terbaik untuk Hanez dan Romie. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua. via BEAUTIFULNARA.




Selanjutnya

RINTIHAN SEDIH Romie Mengenai Hanez Suraya Yang MENGEJUTKAN Peminat !!!

RINTIHAN SEDIH Romie Mengenai Hanez Suraya Yang MENGEJUTKAN Peminat !!! | Hmmmmmm. Tak tahu nak rasa terharu atau nak rasa pelik apabila membaca kenyataan tunang kepada Hanez Suraya, Romie Razin Adilha ini. Mana tidaknya, menurut usahawan berjaya ini, dirinya memang bercita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak awal perkenalan mereka. Namun kalau tak silap Abang Nara, Romie sudah pun bergelar suami orang ketika itu. Mungkin Romie bercadang untuk berpoligami. Iyerlah, orang kaya dan berkemampuan memang selalu beristeri lebih dari satu. Tak gitu?


Namun rintangan, dugaan dan halangan yang telah menimpa Romie dan Hanez tiada siapa menduga. Walaupun begitu, jodoh mereka memang amat kuat. Kini Romie dan Hanez telah pun selamat bertunang dan akan bernikah pada bulan Jun ini. Membaca kata-kata Romie, memang jelas menunjukkan lelaki ini seorang yang tidak mudah berputus asa untuk memiliki cinta Hanez. Kata Romie:-

Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda. Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya. Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya.

Rasanya para pengikut perkembangan dunia hiburan juga sudah dapat menerima apa yang terjadi kepada Hanez dan Romie. Rata-rata sudah memaafkan bakal pasangan suami isteri ini. Satu ketika dahulu, memang nama Hanez Suraya dan Romie cukup dibenci orang ramai. Semoga apabila mereka berkahwin kelak, segala kisah-kisah tersebut akan dilupakan. Apa pun, tahniah kepada Romie kerana akhirnya apa yang dicita menjadi kenyataan. Selamat bergelar suami!!! via BERITA HARIAN.



 
Selanjutnya

15 GAMBAR TERKINI Maria Farida Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai Peminat !!!

15 GAMBAR TERKINI Maria Farida Yang Pasti MENGEJUTKAN Ramai Peminat !!! | Subhanallah... terkesima kami sebentar melihat koleksi foto Maria Farida yang keadaan bertudung. Maria Farida yang pernah mencetuskan kontroversi dunia hiburan dengan memuatnaik foto-foto berbikini di laman instagram beliau, kali ini memuatnaik pula foto-foto beliau bertudung.


Tapi foto-foto beliau bertudung ini sebenarnya adalah atas urusan kerja. Kebanyakkannya adalah untuk sesi fotoshoot produk dan ketika Maria menunaikan umrah. Sudah tentu sebagai peminat, kita harapkan artis cantik ini akan terbuka hatinya untuk berhijab suatu hari nanti. Semoga beliau istiqamah.





















 
Selanjutnya

Tiada Lagi Teka Teki.. Lisa Surihani SAH Mengandung !!!

Tiada Lagi Teka Teki.. Lisa Surihani SAH Mengandung !!! | Spekulasi dan teka teki mengenai diri Lisa Surihani yang dikatakan sudah berbadan dua terjawab sebentar tadi apabila suaminya, Yusry Abdul Halim mengesahkan kebenarannya.


"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh," kata Yusry yang duduk bersebelahan Lisa ketika temubual ini berlangsung. Tambah Pengarah Cicakman 3 itu, ketika bertebaran cerita mengandung ini pelbagai teori muncul. 

"Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. "Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama," katanya. Lisa yang tersipu malu di sebelah Yusry mengakui bukan niat beliau untuk berselindung. "Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. 

Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya," katanya. 24 Februari depan akan genap tiga tahun usia perkahwinan mereka. SUMBER BERITAHARIAN.



 
Selanjutnya