Sunday 1 February 2015

KASIHAN... Kucing Kembali Dari Kubur Lepas Lima Hari Dikebumi Kerana Dilanggar Kereta !!!

// // Leave a Comment
KASIHAN... Kucing Kembali Dari Kubur Lepas Lima Hari Dikebumi Kerana Dilanggar Kereta !!! | Seekor kucing yang dikuburkan setelah terlibat kemalangan di jalan raya mengejutkan tuannya setelah dijumpai berada berhampiran rumahnya selepas lima hari kejadian berlalu. Menurut laporan NY Post, kucing tersebut dikatakan dirempuh sebuah kereta. 


Selepas itu kucing itu dikebumikan dan lima hari kemudian, ia dijumpai berada di kawasan kejiranan. "Kucing tersebut sudah kelihatan seperti tidak bernyawa dan tuan kucing terbabit mengebumikannya. Lima hari kemudian, kucing yang sama dilihat berada di halaman jirannya - dalam keadaan masih bernyawa!", kata wakil dari Humane Society of Tampa Bay di Florida. 

Ketika ditemui semula, kucing tersebut cedera parah, lemah dan mengalami dehidrasi. Kucing terbabit dikatakan menggali sendiri untuk keluar dari kuburnya dan merangkak perlahan-lahan untuk pulang kepada tuannya. Kerana tidak mempunyai wang yang cukup, tuan kepada kucing yang bernama Bart itu membawa kucingnya kepada Humane Society untuk rawatan. Mulut Bart terpaksa dijahit manakala salah satu matanya terpaksa dibuang. Di bawah merupakan video berita tersebut. KREDIT SIAKAPKELI.





0 comments:

Post a Comment