Saturday 22 November 2014

CCTV Rakam Jenazah Timbalan Naib Cancelor UKM Depan Pintu

// // Leave a Comment
CCTV Rakam Jenazah Timbalan Naib Cancelor UKM Depan Pintu | Oleh kerana marah hilang begitu banyak kerusi dalam Pilihan Raya Kampus (GMUKM 15, ASPIRASI 14), pimpinan GMUKM meletakkan "jenazah" Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar (TNCHEPA) UKM di depan pintu masuk bangunan Canselori tengah malam semalam.

"Mereka langsung tidak menghormati demokrasi walaupun telah menang tipis. Bayangkan kalau mereka kalah!! Hancur UKM," kata Pengetua Kolej Ibu Zain UKM, Anuar Ahmad. Beliau berkata, masyarakat mahasiswa di UKM harus kembali merenung sama ada apa yang berlaku itu sememangnya budaya mahasiswa atau sebaliknya. 

"Tidak malukan anda, punya pemimpin begini? Mampukah pemimpin mahasiswa sebegini membawa anda di UKM melangkah ke hadapan? Berhadapan majikan dan pasaran kerja yang semakin mencabar? "Apakah majikan yang mereka marah pun nanti akan dikapankan? Aneh minda mahasiswa ini," soalnya. 

Beliau yakin idea kain kafan itu datangnya dari luar UKM dan mereka sebenarnya adalah golongan yang bencikan kejayaan UKM yang berjaya menjana jatidiri Melayu-Islam dan nilai sayangkan negara. "Tujuan mereka jelas untuk memburukan nama baik UKM. Mahasiswa yang letakkan kain kapan itu sekadar kuda tunggang sahaja. Mereka ada akal . Tetapi tidak dapat membuat keputusan. Mereka beremosi. 

"Mereka terlupa bahawa selain Allah SWT melihat jelas perbuatan jijik mereka, sistem CCTV infrared 360" di bangunan Canselori juga jelas merakamkan wajah wajah mereka," katanya di laman sosial facebook hari ini. via MalaysiaGazette.



0 comments:

Post a Comment