Saturday 8 November 2014

Ujian Doping Dadah Sampel B Datuk Lee Chong Wei Gagal

// // Leave a Comment
Ujian Doping Dadah Sampel B Datuk Lee Chong Wei Gagal | TIMBALAN Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria mengumumkan ujian Sampel B terhadap ikon sukan negara yang dijalankan buat kali kedua, juga gagal. Menurut Norza, keputusan ujian mengesahkan kehadiran bahan dexamethasone dalam sampel tersebut.


Bahan itu menurut Norza bukanlah sejenis bahan untuk meningkatkan prestasi seorang atlet. Katanya, Persatuan Badminton Dunia (BWF) bahawa perkara ini akan dirujuk kepada BWF Doping Hearing Panel dalam tempoh terdekat. "Selepas tempoh tertentu, panel tersebut akan menetapkan masa, tarikh dan tempat untuk pendengaran. "Oleh yang demikian, kami masih tidak dibenarkan untuk mendedahkan nama pemain tersebut," katanya dalam sidang media, hari ini. 

Katanya, BAM dan Kementerian Belia dan Sukan akan bekerjasama terutamanya menanggung sepenuhnya kos guaman termasuk mengupah peguam pakar dalam bidang sukan, Mike Morgan, dari London dalam usaha mempertahankan atlet terbabit. "Apa yang penting di sini adalah kami akan membantu dan memberi sokongan terhadap atlet itu. Jasanya pada negara amat besar," katanya. via Sinar Harian Online.

0 comments:

Post a Comment