7 Gambar Kehidupan Menyedihkan Disebalik Kemewahan Hidup Di Kota Dubai Yang Pasti Menyentap Jiwa Anda !!! | Tetapi di sebalik kemewahan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit, pasaraya mewah dan bangunan lain, pastinya memerlukan pekerja tenaga kasar, seperti perkerja buruh.
Seorang jurugambar yang berasal dari Iran, Farhad Berahman s, cuba mengungkapkan di sebalik kehidupan mewah di Dubai yang kotor, panas, dan padat di mana tempat ini terletak jauh dari kemewahan Dubai.
Tempat ini juga cukup jauh dari pusat bandar, kerana dikhaskan bagi mereka yang mencari pekerjaan kasar sebagai pekerja buruh dan lain-lain.
Bandar bernama Sonapur, yang di diami sekurang-kurangnya 150,000 pekerja atau buruh, yang kebanyakan dari India, Pakistan, Bangladesh, dan China.
Farhad menjelaskan bagaimana mereka hidup dengan serba kekuranga, dengan gaji yang sangat murah untuk saiz Dubai yang begitu gemerlap dengan kemewahannya. Mereka juga bekerja lebih masa. Dan yang lebih membimbangkan lagi, bandar ini tidak terdapat di dalam peta Dubai.
Mereka juga tinggal di dalam bilik yang beukuran 5x5 meter, dan menempatkan sekitar enam hingga lapan orang. Dapur untuk memasaak juga disediakan seadanya, dan semuanya serba kekurangan. Bahkan dikatakan sebahagian perkerja dari China tidak mendapat bayaran selama beberapa bulan, daripada syarikat yang memperkerjakannya. - via dairishare.
0 comments:
Post a Comment