5 PERKARA YANG BAWA WANITA KE SYURGA | Semua manusia ingin masuk ke syurga. Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan
kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan
kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada
Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis,
antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah
wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau
menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak
bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat
at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah
kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan
hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya
dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga
melupakan rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu
Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan
isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka
akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati
Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis
riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian.
Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.
Demikianlah, wallahualam. Sumber: Islamituindah.
0 comments:
Post a Comment