Friday, 12 December 2014

Gempar !!! AMRAN FANS Bakal Disaman Oleh Kawan Baik Pilot Viral Nor Hafizah Gara-Gara KAD UNDANGAN KAHWIN !!!

// // Leave a Comment
Gempar !!! AMRAN FANS Bakal Disaman Oleh Kawan Baik Pilot Viral Nor Hafizah Gara-Gara KAD UNDANGAN KAHWIN !!! | Beberapa hari ini , artikel tentang seorang Juruterbang Wanita dari Syarikat Penerbangan Tambang Murah Air Asia menjadi viral . Dikesempatan itu, admin bagi page Amran Fans mengambil kesempatan membuat troll tentang Juruterbang Wanita terbabit yang bernama Noor Hafizah . Tiba-tiba muncul pula individu yang kononnya merupakan teman kepada juruterbang terbabit memberi amaran kepada Amran Fans supaya menghentikan troll tentang Noor Hafizah , jika tidak Amran akan berdepan dengan tindakan saman....


Seperti biasa , Amran tetap bersahaja dan tidak menganggap amaran itu boleh menggugat beliau. Komen dari wanita terbabit mendapat ‘feedback’ bukan sahaja dari Amran malahan beberapa pengikut Amran yang setia hingga ke hujung nyawa....




Aneh , bagi pihak Kapten Noor Hafizah sendiri sedikit pun tidak tampil memberi amaran kepada Amran , tetapi ‘Partner’ kepada beliau pula yang memberi amaran . Bak kata Amran :


“ Siakap Kelah Gelama Asam Pedas ,
Cream Puff Cheesecake Roti Kelapa ,
Aku Troll Hafizah kau lak yang panas ,
Kau dah kenape ?”

Walau bagaimanapun , pihak Amran Fans seperti dapat menjangka apa yang akan berlaku , mungkin page beliau akan direport kepada Mark Zukerberg untuk kali keempat oleh krew tambang murah Air Asia , oleh yang demikian , Amran Fans membuat ‘back up page’ yang baru iaitu Amran Fans Official...

Kepada peminat Amran Fans diharap bersedia dengan tabung milo dan sebatang lilin kerana andai kata Admin Amran Fans benar-benar akan disaman , tabung milo tersebut boleh digunakan untuk mengutip derma untuk membebaskan Amran dan lilin itu boleh digunakan untuk dinyalakan dihadapan balai yang berdekatan jika Amran di lokap kan .
Sekian berita dari Tak Bernama ....!!! via ceritadangosipbersatu.



0 comments:

Post a Comment