Rupanya Ramai Yang Tidak Tahu! Walaupun Bertaubat, 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah | Setiap manusia tidak lari dari dosa, tetapi ada dosa-dosa yang Allah tak ampunkan. Semoga kita jauh dari perkara-perkara dosa seperti ini. Sila baca .. Semoga menjadi tauladan kepada kita dalam kehidupan ini insyaAllah... via aminin.
1- Makan harta anak yatim secara haram.
Untuk menghapuskan
dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang
telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika
anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat
kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan
perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
Orang yang menuduh
wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika
wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan
bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah
tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat
kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
Mereka yang lari dari
medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga,
cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad
sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk
memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
Mereka belayar sihir
dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang
tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali
kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk
melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
Dosa syirik atau
menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan
perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh
bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan
pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela
menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah
SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
Mereka yang membunuh
Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk
mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh
mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa
penubuhan Negara Islam Madinah).
Its actually 7. Not 6. You can find a hadeeth on the 7 biggest sins.
ReplyDeleteBut including killing para nabi, it will be 8
ReplyDeleteWhy Allah takkan ampunkan? Allah kan maha pengampun.
ReplyDelete