Friday, 5 December 2014

Kisah Terpuji Jutawan Korea Setiap Pagi Yang Buat Kita Terharu

// // Leave a Comment
Kisah Terpuji Jutawan Korea Setiap Pagi Yang Buat Kita Terharu | Manusia menyebarkan kebaikan dalam pelbagai cara dan bentuk. Ahli perniagaan dan usahawan yang berjaya juga tak terkecuali. Ada yang menyumbang semula kepada komuniti dengan memberi derma dan sumbangan sepertimana Bill Gates CEO Microsoft yang pemurah.


Tidak kurang pula ada usahawan kaya yang menyumbang dengan membuat kerja-kerja komuniti seperti yang dilakukan oleh pelabur jutawan dari Korea Selatan yang tinggal di Bahrain. Setiap hari, pada jam 5 pagi jutawan ini yang digelar Mr Yo akan bangun dan memulakan harinya dengan mengutip sampah dan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula untuk membersihkan kawasan di sekitar bandar yang didiaminya. 

Dia melakukannya setiap hari semenjak 11 tahun yang lalu. Dalam video di bawah beliau berjenaka dengan mengatakan beliau mempunyai dua nama; ‘Mr Yo’ dan satu lagi ‘Bos Pembersihan’. Tak pasti pula Mr Yo menjawat jawatan CEO di syarikat apa, namun tidak hairanlah kalau beliau bekerja di syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembersihan kan? via viralmedia.

Lihat Video Mr Yo Jutawan Berhati Mulia Di Bawah




0 comments:

Post a Comment