Monday 17 November 2014

Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak

// // 6 comments
Bapa Cari Dan Tangkap Sendiri Pembunuh Anak | Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian. Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.

Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya. Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan. “Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul. “Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh kedalam tasik . 

Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal. “Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya. A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu. “Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu. “Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.

Suspek yang telah ditangkap
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran. via Aans1.

6 comments: Leave Your Comments

  1. klau aku sory laa bagi polis aku sendiri cari seksa n balun dulu smpai setahun baru bagi polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak dia dah puas isi dah tu..saja malas nak mention..heheehee

      Delete
  2. itu la merayau lagi sampai tengah malam... dah malam buta gitu balik ler... buat apa lepak waktu malam...

    ReplyDelete
  3. ...jgn nk melepak sembarangan,ada ada saja geng2 yg nk tunjuk kuat...x kemana pn...

    ReplyDelete
  4. ...jgn nk melepak sembarangan,ada ada saja geng2 yg nk tunjuk kuat...x kemana pn...

    ReplyDelete
  5. u sire as my salute !

    ReplyDelete