Wednesday 10 September 2014

Inilah Dalang Yang Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014

// // 1 comment
Inilah Dalang Yang Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014 | Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan. Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati mula tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini. "Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor. "Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.



Buat masa ini, Om-fabulous difahamkan pihak yang bertanggungjawab membocorkan soalan kertas UPSR Sains 2014 masih lagi menjadi misteri tetapi mudah untuk dicari. Bak kata pepatah Melayu, Sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah jua.

1 comment: Leave Your Comments

  1. "Inilah Dalang Yang Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014 "
    Taek,isi entry sik menepati tajuk langsung. Taek!!! Taek!!!!

    ReplyDelete