Friday 5 September 2014

Kerang Di Kuantan Bahaya Dimakan - Adakah Disebabkan Kilang Lynas?

// // Leave a Comment
Kerang Di Kuantan Bahaya Dimakan - Adakah Disebabkan Kilang Lynas? | Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang sekitar perairan Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, di sini, mengandungi toksin jenis `Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)' yang boleh menyebabkan kematian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, toksin itu dikesan menerusi pemeriksaan dilakukan Jabatan Perikanan terhadap sampel tiram di kawasan itu susulan kejadian lapan pekerja Indonesia yang mengalami keracunan makanan selepas makan tiram yang dikutip di kawasan terbabit pada 1 Ogos lalu.

Katanya, keputusan yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) bagi 100 gram. "Bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3,560 ug/100g. Sehubungan itu, kita nasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip atau memakan kerang-kerangan di kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya pada sidang media, di sini, hari ini. 

Datuk Shafik Fauzan Sharif menafikan khabar angin mengatakan kerang yang tercemar kawasan perairan sekitar Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, dekat sini berpunca daripada kilang Lynas. Katanya pencemaran itu tiada kena mengena dengan kilang Lynas seperti dihebohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan pencemaran kerang dengan perusahaan itu. 

"Air di kawasan itu terlalu banyak nutrien yang boleh dijadikan makanan kepada plankton. Plankton itu bila dimakan oleh kerangan akan menjadikan sifat kerangan itu menyimpan toksik. Bila ada toksik dalam badan kerangan, kita pulak makan kerangan tersebut jadi ia akan beri kesan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuantan di sini hari ini. Beliau berkata buat masa ini, pihak Jabatan Perikanan akan membuat pemantauan setiap minggu terhadap kehadiran toksin "paralytic shellfish poisoning" (PSP) yang mencemari kerangan di perairan itu sehingga keadaan perairan mencapai piawaian selamat. -- 

LAGI KERANG-TOKSIN 2 (AKHIR) KUANTAN 

Sementara itu, Ketua Pusat Biosekuriti Perikanan Kuantan Pahang Azlan Md Nor berkata kehadiran mikro-alga dinoflagellate jenis "Pyrodinium Bahamense Var" di kawasan perairan pelabuhan Kuantan menjadi punca berlakunya pengumpulan toksin PSP melalui sifat pemakanan menapis tiram. "Tiram tersebut ada yang mengumpul toksinnya sendiri dalam jumlah yang banyak, ada yang sedikit dan tempoh itu berbeza antara satu dengan yang lain. "Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai supaya jangan makan kerangan di kawasan Pelabuhan Kuantan dan kawasan sekitarnya buat masa ini," katanya. 

Menurutnya, keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan bacaan toksin PSP bagi sampel tiram berkenaan melebihi daripada standard piawaian ditetapkan iaitu melebihi 80 mikrogram (ug) per 100 gram (g). Beliau berkata bacaan toksin PSP yang diperoleh bagi sampel itu adalah di antara 317 hingga 3560ug/ 100g. Katanya toksin PSP boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan sistem saraf iaitu akan mengalami kebas-kebas di bahagian bibir, lidah, jari, jemari selepas setengah jam memakan kerangan berkenaan.


Sumber: Yahoo News

0 comments:

Post a Comment