Saturday 27 September 2014

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang ?

Apa Yang Akan Jadi Jika Malaysia Diserang ? | Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain… Apabila negara-negara islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir… kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

Selanjutnya

Tuesday 23 September 2014

Inilah Jenama Kopi Kuat Yang Membawa Maut Kepada Seorang Suami

Inilah Jenama Kopi Kuat Yang Membawa Maut Kepada Seorang Suami | Minuman kopi dicampurkan dengan perangsang seks seperti Sildenafil ibarat membeli 'Viagra tanpa preskripsi doktor.' Penggunaan bahan yang diklasifikasikan racun berjadual itu akan membahayakan nyawa pengguna sehingga boleh membawa maut. Sumber Kementerian Kesihatan berkata, kes seorang pegawai keselamatan yang dilaporkan maut Ahad lalu, selepas minum kopi campuran tradisional, dipercayai mengandungi racun berjadual Sildenafil Analog. Katanya, jenama kopi itu juga disahkan antara 129 produk dikesan mengandungi bahan terlarang yang diharamkan penjualan di pasaran.

Selanjutnya

Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar

Akhirnya Rahsia Saddam Hussein Terbongkar | Mungkin anda pernah dengar di media dimana Allahyarham Saddam Hussein adalah pemimpin yang kejam, beliau membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri di era 80 dan 90an. Tetapi pasti ramai yang faham mengapa pemimpin negara tersebut bertindak sebegitu. Berikutan dari hal tersebut berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah serapah terhadap Saddam. Om-fabulous difahamkan beliau pernah digelar dan di’cop’ sebagai seorang pembunuh kejam.

Selanjutnya

Monday 22 September 2014

Azab 45 Minit Terperangkap Dalam Kereta

Azab 45 Minit Terperangkap Dalam Kereta | Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hampir lemas selepas terperangkap lebih 45 minit dalam kereta yang terkunci di sebuah stesen minyak di sini, malam tadi. Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, kanak-kanak terbabit bersama bapanya berusia awal 30-an ke sebuah stesen minyak di sekitar pekan ini untuk mengisi minyak kereta sebelum kejadian. Sumber berkata, ketika tiba di stesen minyak berkenaan, lelaki terbabit kemudian keluar ke kaunter bayaran meninggalkan anaknya bersendirian di dalam kereta yang dimatikan enjin. 

Selanjutnya

Tuesday 16 September 2014

Inilah Lapangan Terbang Paling Mencabar Sekali Di Dunia

Inilah Lapangan Terbang Paling Mencabar Sekali Di Dunia | Lapangan Terbang Gisborne adalah sebuah lapangan terbang kecil serantau yang terletak di pinggir barat Gisborne, Pantai Timur Pulau Utara New Zealand. Om-fabulous difahamkan lapangan terbang ini adalah salah satu daripada beberapa lapangan terbang di dunia yang mempunyai landasan keretapi bersilang landasan. Lapangan Terbang Gisborne yang meliputi tanah seluas 160 hektar mempunyai tiga landasan rumput dan satu landasan utama yang bersilang oleh Palmerston North - Gisborne Railway Line. 


Selanjutnya

VIDEO Pengkebumian Jenazah Ustaz Lotfi Yang Meninggal Dunia Di Syria

VIDEO Pengkebumian Jenazah Ustaz Lotfi Yang Meninggal Dunia Di Syria | Jenazah Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang meninggal dunia selepas Maghrib (waktu Syria), kelmarin, selepas bertarung nyawa enam hari lalu kerana koma akibat diserang hendap 9 September, selamat dikebumikan bersama rakan seperjuangannya dari Malaysia yang turut terkorban. Berdasarkan maklumat yang dikemas kini melalui Facebook rakannya, Akel Zainal II yang berada di negara bergolak itu, awal pagi semalam, memaklumkan, jenazah Mohd Lotfi atau diberi gelaran Abu Musab tiba di Kafr Zetta, Syria selepas waktu Maghrib.


Selanjutnya

Inilah Punca Budak 11 Tahun Yang Meninggal Dunia ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor

Inilah Punca Budak 11 Tahun Yang Meninggal Dunia ini Mendapat Tunduk Hormat Dari Pasukan Doktor | Doktor di Shenzhen, China memberi tunduk hormat ke atas pemergian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat tumor otak awal bulan ini. Seperti juga kalian semua, Om-fabulous turut tertanya kenapa budak 11 tahun itu mendapat penghormatan seperti itu? Sebelum meninggal dunia, budak lelaki yang berani ini ingin memastikan pemergiannya akan dapat memberi kesan dan bantuan untuk pesakit lain supaya menjadi sihat tidak sepertinya. Hanya selepas lapan jam pemergian beliau, beliau menyelamatkan beberapa nyawa melalui pendermaan organ buah pinggang dan hati beliau, dan juga penyelidikan perubatan lain.

Selanjutnya

VIDEO Seram POCONG Ganggu Pelatih TLDM Menjalani Latihan

VIDEO Seram POCONG Ganggu Pelatih TLDM Menjalani Latihan | Pehh seram!! Hanya berpandukan tali dan berjalan dalam keadaan gelap gelita di dalam hutan. Tapi boleh jadi geram. Sesetangah orang bila berlaku keadaan begini akan timbul perasaan marah. Dalam video ini, geli hati pun ada, boleh terkencing dalam seluar ni. Macam - macam ayat keluar Atok saya tak salah, ada yang baca Ayat Kursi berterabur, dan ada yang laungkan AZAN..Macam2. menjerit pun ada..huhu dah macam kene sampuk hantu dah aku tengok.

Selanjutnya

Sunday 14 September 2014

Senarai 20 Permainan Kanak-Kanak Luar Batasan Manusia Yang Mengejutkan

Senarai 20 Permainan Kanak-Kanak Luar Batasan Manusia Yang Mengejutkan | TIDAK semua permainan untuk kanak-kanak itu sebenarnya memberi manfaat kepada mereka. Ini kerana terdapat permainan yang menjijikan, ganas, lucah, merbahaya, berunsur perkauman selain memberi pelbagai pengaruh buruk kepada perkembangan minda anak-anak.


Selanjutnya

10 Haiwan Pelik Dari Dasar Laut Yang Tak Pernah Anda Lihat

10 Haiwan Pelik Dari Dasar Laut Yang Tak Pernah Anda Lihat | Pernahkah anda dengar nama Sotong Pontianak? Bagaimana pula dengan Cacing Pokok Krismas, Khinzir Laut, Goblin Shark, Blob Fish? Jom tonton makhluk-makhluk aneh di dasar lautan ini...

Selanjutnya

Saturday 13 September 2014

Bagaimana Lelaki Ini Menjadi Jutawan Dengan Lipas

Bagaimana Lelaki Ini Menjadi Jutawan Dengan Lipas | Mari berkenalan dengan Wang Fuming; seorang usahawan, ahli kaji serangga dan juga pemerhati yang baik. Wang tinggal di Shandong, China. Sejak 16 tahun lepas Wang telah mula menternak lipas secara komersial. 

Selanjutnya

Kisah Benar Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin

Kisah Benar Di Sebalik Lauk Habis Di Kenduri Kahwin | Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah, Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Selanjutnya

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.


Selanjutnya

Thursday 11 September 2014

Video Tentera Amerika Hapuskan Makhluk Gergasi Persis Obor-Obor Di Padang Pasir New Mexico

Video Tentera Amerika Hapuskan Makhluk Gergasi Persis Obor-Obor Di Padang Pasir New Mexico | Sebuah video yang dimuat naik di YouTube, jadi perbincangan hangat ramai orang. Video itu menunjukkaan sebuah pesawat jet pejuang Amerika Syarikat (AS) menghancurkan sebuah objek mirip 'obor-obor' yang didakwa raksasa alien di sebuah padang pasir di New Mexico.

Selanjutnya

15 Gambar Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampaui Batas

15 Gambar Gaya Hidup Jutawan Dubai Yang Melampaui Batas | Umum mengetahui tentang kekayaan yang dimilik oleh pak-pak Arab di Dubai yang mana menyaksikan bangunnya sebuah bandar mewah Dubai, dari sebuah tanah padang pasir yang gersang. Tapi di bawah merupakan 15 gambar gaya hidup jutawan Dubai yang tampak sangat melampau batas. Apa pendapat anda?

Selanjutnya

Dua Kumpulan PEKIDA Parah Bertempur Akibat Syarikat Gores dan Menang Milik Cina

Dua Kumpulan PEKIDA Parah Bertempur Akibat Syarikat Gores dan Menang Milik Cina | Melalui perkongsian gambar-gambar di laman Facebook Daily Traffic Report, melaporkan kejadian pergaduhan di antara dua kumpulan Melayu (Pekida) pada 8 September 2014 lebih kurang 5 petang di Tingkat 1, World One SP Enterprise, Legenda Heights di Sg Petani, Kedah. Punca pergaduhan angkara Penipuan Syarikat Peraduan Gores dan Menang didakwa dimiliki oleh seorang lelaki Cina.

Selanjutnya

Kisah Pertarungan Menghalau 12 Jin Pada Hari Sebelum Kawasan Ajaran Sesat Ayah Pin Dirobohkan

Kisah Pertarungan Menghalau 12 Jin Pada Hari Sebelum Kawasan Ajaran Sesat Ayah Pin Dirobohkan | Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama… Ramai yang tak tahu kisah benar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti penglibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin. Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. 

Selanjutnya

Wednesday 10 September 2014

Kisah Malaikat Muncul Membantu Mujahidin Chechnya Dalam Peperangan

Kisah Malaikat Muncul Membantu Mujahidin Chechnya Dalam Peperangan | Dalam berjihad di jalan Allah SWT, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim. Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.

Selanjutnya

Inilah Dalang Yang Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014

Inilah Dalang Yang Bocorkan Kertas Sains UPSR 2014 | Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis, ditangguhkan berikutan terdapat laporan kebocoran kertas peperiksaan. Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak berkata, berdasarkan siasatan awal, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut didapati mula tersebar di media sosial.

Selanjutnya

Inilah Keadaan Dalam Piramid Mesir Yang Ramai Tak Tahu

Inilah Keadaan Dalam Piramid Mesir Yang Ramai Tak Tahu | Banyak analisis tentang cara digunakan untuk pembinaan piramid di Mesir. Om-fabulous merasakan ia masih lagi sangat misteri. Ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramid ditemukan di marikh yang berada satu lintang yang sama dengan lintang di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramid digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau, tapi bagaimana rupa bahagian dalaman piramid? Jom lihat isi di dalam piramid yang sangat menakjubkan.


Selanjutnya

Tuesday 9 September 2014

Subhanallah! Inilah Awan Tsunami Seram Yang Melanda Di Virgina USA

Subhanallah! Inilah Awan Tsunami Seram Yang Melanda Di Virgina USA | Penduduk Virginia tiba-tiba panik dengan keadaan awan yang luarbiasa. Awan yang membentuk seperti Ombak Tsunami seolah-olah ingin menenggelamkan negara mereka seperti yang terjadi di Aceh dan Jepun. Dari kejauhan, Om-fabulous menjangka ia kelihatan ombak setinggi langit seolah-olah hendak menghempap Bandar Virgina. Inilah kebesaran Allah, awan yang didatangkan dalam berbagai bentuk supaya manusia beriman kepada-Nya. Atau mungkinkah awan berbentuk ombak raksaksa ini seolah-olah memberi amaran buat manusia bahawa pada bila-bila masa bumi ini boleh dihancurkan dalam sekelip mata. Allahu Akbar! 

Selanjutnya

Monday 8 September 2014

Azhar Sulaiman Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Motorsikal

Azhar Sulaiman Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri Motorsikal | Pelakon, Azhar Sulaiman menerusi laman sosial Facebook miliknya berkongsi sebuah video yang memberitahu dia baru sahaja jatuh motor ketika menunggangnya di tengah-tengah jalan raya pada petang semalam. Di dalam video tersebut Azhar menunjukkan luka-luka di badannya yang hanya cedera ringan disamping berada di sebelah motornya. 


Selanjutnya

Ngeri! Inilah Pembedahan Lelaki Tukar Wajah Akibat Kemalangan

Ngeri! Inilah Pembedahan Lelaki Tukar Wajah Akibat Kemalangan | Seorang lelaki berusia 33 tahun di Poland menjalani pembedahan pemindahan keseluruhan muka tiga minggu selepas wajahnya cedera akibat kemalangan di tempat kerja, kata beberapa doktor. Mereka memberitahu, jangka masa tersebut merupakan yang paling pantas pernah dibuat untuk pembedahan seperti itu. Sebelum ini, pemindahan muka adalah rumit dan memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh. Persediaan itu mengambil masa selama berbulan-bulan sehingga beberapa tahun. 

Selanjutnya

Friday 5 September 2014

Kerang Di Kuantan Bahaya Dimakan - Adakah Disebabkan Kilang Lynas?

Kerang Di Kuantan Bahaya Dimakan - Adakah Disebabkan Kilang Lynas? | Jabatan Perikanan negeri mengesahkan semua jenis kerang sekitar perairan Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, di sini, mengandungi toksin jenis `Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)' yang boleh menyebabkan kematian.

Selanjutnya

Wednesday 3 September 2014

12 Gambar Hukuman Ngeri Di Negara China Tahun 1900an Yang Disorok

12 Gambar Hukuman Ngeri Di Negara China Tahun 1900an Yang Disorok | Negara China memang selalu mepunyai cara tersendiri dalam memberikan hukuman bagi warganya yang melanggar undang-undang. Negara tirai buluh ini terkenal sebagai negara yang paling berani dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap Koruptor iaitu dengan melakukan hukuman tembak mati, kesan penghalang dari undang-undang yang dikuatkuasakan cukup berkesan menurunkan tahap rasuah di Negara tersebut. Keberanian melakukan tindakan tegas negara China memang sudah dikenal sejak dahulu, bahkan kisah seorang hakim yang sangat bijak dan adil dalam memutuskan perkara pernah difilemkan. Kisah Hakim Bao, yang sempat dijadikan sebagai filem berseri tahun 90-an dan cukup terkenal. Bawah adalah koleksi foto tahun 1900-an tentang bagaimana orang China dalam meberikan hukuman terhadap orang-orang yang melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan oleh orang China pada tahu 1900-an.


Selanjutnya

Tuesday 2 September 2014

Kisah Lukman Hidup Bersama Jasad Misteri Yang Membusuk Dalam Perut

Kisah Lukman Hidup Bersama Jasad Misteri Yang Membusuk Dalam Perut | Pasukan perubatan Hospital Umum Daerah Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan, masih mengalami kesulitan mendeteksi kelainan pada perut Lukman Labbi (46), warga Kelurahan Sibatua, Kecamatan Pangkajene, Kabupaten Pangkep, Sulawesi Selatan. Lukman sudah seminggu ini menjalani perawatan intensif di ruang isolasi RSUD Kabupaten Pangkep. Kami belum tahu jenis apakah kanser yang saat ini meradang di bahagian perut pesakit akibat pembusukan jaringan tubuh kembar siamnya atau bukan. Pengarah RSUD Pangkep Frans Demmanaba, menyatakan, dari hasil pemeriksaan sementara, kelainan pada perut Lukman akibat pembusukan jasad kembar siamnya yang telah meninggal sejak pesakit bayi, sekitar 46 tahun lalu.

Selanjutnya

Liang Roma Seorang Wanita Ditumbuhi Kuku (5 Gambar)

Liang Roma Seorang Wanita Ditumbuhi Kuku (5 Gambar) | Penyakit seorang pelajar universiti dilabelkan sebagai berprofil tinggi dan penuh misteri selepas menghidap sejenis penyakit aneh di mana seluruh liang roma kulit badannya ditumbuhi kuku-kuku kecil. Sejenis alahan dialami Shanyna Isom, 28, sejak tiga tahun lalu itu menyukarkannya melakukan kerja-kerja harian kerana tidak selesa dan terpaksa memakai rambut palsu.


Selanjutnya

Rahsia Di Sebalik Lesung Pipit Yang Menakjubkan

Rahsia Di Sebalik Lesung Pipit Yang Menakjubkan | Bukan semua orang dilahirkan dengan lesung batu pipit di wajahnya. Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi seseorang dianggap sebagai penambah seri wajah tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tahu rahsianya? Ini serba sedikit bagaimana atau kenapa mereka mempunyai lesung pipit. Ada masyarakat percaya lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menusukkan hujung cili ke pipi bayi.

Selanjutnya

Asal Usul Nama Ambulans Yang Ramai Tak Tahu

Asal Usul Nama Ambulans Yang Ramai Tak Tahu | Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital". Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.

Selanjutnya

Anda Pasti Terkejut Apa Yang Ada Dalam Bangunan Ini

Anda Pasti Terkejut Apa Yang Ada Dalam Bangunan Ini | Sebuah hangar kapal terbang di Jerman telah mengejutkan ramai orang apabila memiliki sebuah taman tema yang menakjubkan. Saiz tinggalan hangar kapal terbang itu ialah 360 m x 210 m x 107 m, cukup untuk mendirikan sebuah tempat santai mandi manda indoor yang menarik. Bukan itu sahaja, dalam tu ada pantai buatan, matahari buatan dan macam-macam lagi. Walaupun Jerman ada iklim empat musim, taman tema air ini dibuka sepanjang tahun. Hebat bukan. Lihat gambar-gambar bangunan ini di bawah.

Selanjutnya

Monday 1 September 2014

Perkara Yang Mengejutkan Dibuat Oleh Polis Wanita Ini Dalam Sebuah Lubang

Perkara Yang Mengejutkan Dibuat Oleh Polis Wanita Ini Dalam Sebuah Lubang | Seorang polis wanita telah membuat kejutan apabila secara tiba-tiba bergegas masuk ke dalam sebuah lubang jalan. Polis wanita, yang bernama Eileen Emiddio ini telah mengejutkan orang ramai apabila secara tiba-tiba membuka besi penutup lubang jalan dan terus memasuki ke dalamnya. Di bawah merupakan aksi polis wanita tersebut. Tak ramai polis, eh bukan sahaja polis, tetapi manusia yang berhati nurani seperti ni kan? Apa pendapat anda? Jom saksikan gambar-gambar aksi polis wanita ini.


Selanjutnya