Sunday 3 May 2015

Terkini...Pemuda PAS Mahu Pemandu Kereta Myvi Yang Bersalah BAYAR PAMPASAN RM1.2 JUTA Kepada Keluarga Mangsa !!!

// // Leave a Comment
Terkini...Pemuda PAS Mahu Pemandu Kereta Myvi Yang Bersalah BAYAR PAMPASAN RM1.2 JUTA Kepada Keluarga Mangsa !!! | Ketua Penerangan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff mahu pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam lumba haram yang menyebabkan kematian tiga sekeluarga supaya membayar sebanyak RM1.2 juta kepada keluarga mangsa. 


Menurut beliau bayaran ini adalah berdasarkan undang-undang bagi jenayah pembunuhan tanpa niat menurut Islam. ‘Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun. 

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Ia sangat berbeza dengan ketetapan ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurut beliau apa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan undang-undang Islam, penjenayah kes terebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta. Jadi undang-undang Islam lebih baik daripada undang-undang sivil yang sedia ada kerana bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, tetapi membela waris mangsa dengan sewajarnya. 

“Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya,” katanya. KREDIT SIAKAPKELI.


BACA 1: Inilah STATUS Ahli Geng Kelab FMC TERKINI Yang Bakal Mengundang PENUMBUK Ramai - LINK
BACA 2: PUNCA UTAMA Kenapa Ahli Kelab Myvi FMC Sangat BONGKAK Kini TERJAWAB !!! - LINK
BACA 3: Walau DIHINA DIMAKI DIMARAH PADU Oleh Ramai.. Kelab FMC Masih BONGKAK Dengan Buat FANPAGE FB Baru !!! - LINK
BACA 4: Anda Pasti TERKEJUT Melihat Jumlah SAMAN TRAFIK Yana Geng Kelab FMC - LINK
BACA 5: Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!! - LINK


0 comments:

Post a Comment