Terkini - Pelajar Politeknik Nyaris Dijual Di Thailand Adalah Palsu | Hari ini kita dikejutkan dengan satu
berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor
yang mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila
nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini yang diterima Siakapkeli
menunjukkan yang kejadian dan dakwaan tersebut hanyalah satu cerita
rekaan semata-mata. Berdasarkan soaldesak yang baru selesai dijalankan sebentar tadi
mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal
menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Setelah itu dia rangka jalan
cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia
mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.
Kini polis mengesahkan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Johor
Bahru, Johor, yang mendakwa dia diculik bersama tujuh kanak-kanak lain
di Pasir Gudang, malam tadi, membuat laporan palsu. Perkara itu disahkan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi malam
ini.
Kronologi kejadian :
Jumaat, 10.55 malam
- Pelajar meninggalkan kunci motosikal, beg kuliah dan dompet di atas motosikal yang berada di hadapn rumah.
- Pelajar berkenaan kemudiannya pergi ke tempat menunggu bas dengan membawa 2 telefon bimbit dan wang tunai RM210.
- Pelajar berkenaan kemudian menahan sebuah teksi untuk ke Stesen Bas Larkin.
- Dilaporkan dia tidak membeli tiket untuk menaiki bas tetapi membuat bayaran sebanyak RM40 kepada pemandu bas.
- Di dalam bas, pelajar berkenaan mematikan telefon bimbit dan membuka talian broadband.
Sabtu, 4 pagi
- Pelajar berkenaan menghantar mesej WhatsApp kepada 2 rakan menceritakan cerita dia diculik.
- Pelajar berkenaan turut menghubungi ibunya menceritakan cerita yang sama. Ibu pelajar berkenaan menyarankan supaya pelajar berkenaan membuat laporan polis.
Sabtu, sekitar 8 pagi
- Setelah tiba di Dungun, pelajar berkenaan bertanyakan kepada seorang penjual surat khabar arah ke Ibu Pejabat Polis Dungun.
- Seorang lelaki kebetulan hendak membeli surat khabar membawa pelajar berkenaan ke IPD Dungun untuk membuat laporan polis kira-kira jam 8.30 pagi.
- Berita mengenai penculikan ini tersebar dan menggemparkan satu Malaysia.
Sabtu, sekitar 10 malam
- Berita tentang kepalsuan laporan yang diceritakan oleh pelajar berkenaan mulai tersebar di aplikasi WhatsApp dan juga media sosial.
Ahad, sekitar jam 1 pagi
- Ketua Polis Negara telah mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan adalah palsu.
0 comments:
Post a Comment