Friday 10 October 2014

Wanita Hamil Maut Selepas Muntah Darah Di Stesen Minyak Muar

// // 1 comment
Wanita Hamil Maut Selepas Muntah Darah Di Stesen Minyak Muar | Seorang wanita yang secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, Muar kelmarin. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, wanita berkenaan dikenali sebagai Ana dipercayai hamil telah keluar dari tandas dan menuju ke kereta yang dipandu seorang rakan. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad menyatakan, dia sedang mengisi minyak di stesen itu sebelum orang ramai terkejut melihat kejadian tersebut. 

Mayat wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba, kelmarin. Ketika rakannya mengisi minyak, wanita itu dikatakan ke tandas dan dipercayai mula muntah darah ketika berada di dalam tandas.






Sumber: Om-Fabulous

1 comment: Leave Your Comments